Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 4, 2013

Nasha Dan Karpal Di Sisi Nik Aziz

Di sisi Nik Aziz Nasha dah tak ada apa-apa lagi
Cuma Karpal, apa yang Nik Aziz bayangkan adalah dia perlu bertanya dan berbincang
Itulah ayat-ayat cinta yang aku nampak dari tutur katanya....
Karpal tidak tahu hal Pas: Nik Aziz
WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Februari 2013
KOTA BHARU - "Karpal (Singh) bukan orang Pas... yang buat keputusan Majlis Syura Pas. Itu dia (Karpal) punya pasal," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kalimah ALLAH.

Media semalam melaporkan Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah ALLAH selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Menurut Karpal, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam dibenarkan.

Malah beliau juga mengulangi desakan yang dibuat sebelum ini iaitu mahu Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu berkenaan.

Ditanya mengenai perkara itu semalam, Nik Abdul Aziz berkata, Karpal tidak tahu apa berlaku dalam Pas.

"Tiada orang (luar) yang tahu mengenai Pas, begitu juga DAP. Tidak ada orang tahu masalah DAP melainkan orang DAP," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa seperti seseorang yang sudah diceraikan, jadi apa juga kenyataannya tidak harus diberikan perhatian.

“Itu dia (Nasharudin) punya pasal. Ikut kata dialah. Bila orang kena cerai, dia akan menangis atau apa, itu dia punya pasal,” katanya.
Mursyidul Am Pas itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Nasharudin yang disiarkan media kelmarin mendakwa penggugurannya daripada Majlis Syura Ulama parti itu ada kaitan dengan dendam.

1 comment:

  1. I am actually delighted to read this weblog posts which
    contains lots of helpful facts, thanks for providing these kinds of data.


    Feel free to surf to my web page :: body revolution
    reviews - birdingblogs.com,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa