Tak sape nak marah, itu hak individu
Cuma satu jer yang pincang
Zahid tidak faham kedudukan tetapi menceceh tak tentu hala
Siasat dan faham dulu kenapa dua ekor tu dipecat?
Kerana menegur, mengkritik atau masalah disiplin dan gagal tunai tanggungjawab?
Atau dia merelakan menjadi alat?
Jangan melalak dan menceceh tak keruan
Nanti menampakkan kebodohan!
Jaga sikit nama tu
Kita tu bertaraf menteri
Dan kita punya boss pun sama, bertaraf TPM
Tak payah memperbodohkan diri di khalayak rakyat
Sekarang bukan zaman jakun
Yang hanya berpandukan Media Kerajaan dan TV3/4
Rakyat sekarang dah pakai baju
Bukan lagi bercawat kulit kayu
Makcik di pasar pun dah pakai tablet
Dah dapat merayap ke seluruh dunia!
Published: Jumaat Februari 1, 2013 MYT 8:13:00 PM
Tindakan PAS Pecat Nasharuddin 'Makan Diri' - Ahmad Zahid
BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menyifatkan tindakan PAS memecat Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai 'memakan diri'.
Beliau berkata, selama ini parti itu membuat pelbagai tuduhan antaranya Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak boleh menerima teguran atau tidak membenarkan anggota bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain dalam membuat kebajikan serta program kemanusiaan.
"Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Nasharuddin, (Datuk Dr) Hasan Ali dan ramai pemimpin PAS yang lain memperlihatkan parti itu 'menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di sini Jumaat.
Menyentuh pendirian PAS yang dilihat mengikut 'citarasa musim', beliau berkata, PAS perlu lebih rasional dalam menentukan hala tuju kepimpinan dalam partinya jika mereka mahu dihormati.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menyeru mereka yang telah 'terlanjur' menyokong PAS secara membuta-tuli supaya membuka mata dan hati melihat apa yang dilakukan parti itu.
"Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokongnya, inilah masanya untuk membuat keputusan tinggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik...tinggalkanlah," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemergian Nasharuddin ke Gaza baru-baru ini diperalatkan oleh BN, Ahmad Zahid berkata, mereka sepatutnya membezakan antara soal kemanusiaan dan kepartian.
"Siapa peralatkan siapa. Ini soal kemanusiaan, ini bukan soal parti, cubabezakan Nasharuddin sebagai pemimpin NGO kerana itu soal kemanusiaan. Saya harap PAS bukalah mata, bukalah hati dan fikiran supaya soal kemanusiaan ini dapat dibezakan dengan kepartian," katanya. - mStar
Hangpa kutip lah sampah-sampah yang dibuang oleh PR..!!!Bagi depa kerusi dalam PRU 13 dan tengok apa jadi..!!
ReplyDeleteBoh,
ReplyDeleteMolek sangatlah Ustaz Nasha gi bersaing bersama-sama puak UMNO.
Ustaz Nasha hanya jerung biasa UMNO dalam PAs je bukan raja jerung. Ada sorang lagi yang jauh lebih besau dari Ustaz nasha - iaitu raja jerung UMNO yang dok nusuk dalam PAS.
Raja jerung ni, sebab dia raja jerung, dia dok main di permukaan laut macam jerung-jerung biasa.
raja jerung ni timbul dan menyerang sekali sekala sahaja dan habuan yang dia serah kepada UMNO pun taraf raja juga bila dia timbul dipermukaan.
Siapa eh? hehehe....kalau kenal, pesan-pesanlah kat raja jerung ni, jangan malu-malu hendak menyeberang bersama-sama Ustaz Nasha. Steady la...Tok Guru Abdullah Saamah dari Geting pun dah ready nak sambut raja jerung ni.
bat8