Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 10, 2013

PAS Memang Sedar Diri

Pucuk pimpinan PAS memang sedar kemampuan diri
Nasha jek yang tak sedar diri - angkuh sombong

Zahid Hamidi dan pemimpin UMNO cuba letak api
Tapi kerana kebanyakan Pemimpin PAS tahu menghidu
Api tak nyala
Setakat ni hanya yang 'benok' ajer yang percaya
Jangan nak tumpang UMNO, sudah!
Pas akui tak mampu tumbang BN
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Februari 2013
SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas sedar parti itu tidak dapat menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika ia bergerak sendiri sebagai satu parti.
Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, sebelum memutuskan untuk bersama PKR dan DAP, Pas telah membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama yang memberi fokus kepada dua aspek iaitu politik dan dakwah Islamiah.

Menurutnya, hasil perbincangan tersebut, satu keputusan telah diambil iaitu untuk menggunakan pendekatan tahaluf siyasi (kerjasama) dengan parti politik lain sebagai langkah membentuk sebuah kerajaan yang bersih dan adil.

“Kita lawan (sebagai) satu parti, kita tidak mampu menjatuhkan Umno dan BN. Alhamdulillah, walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih baru, tetapi ternyata boleh gugat BN bahkan berdasarkan kajian penganalisis politik juga mengatakan Kerajaan Pusat bertukar pada PRU13
ini.

“Itu fokus Majlis Syura Ulama daripada sudut politik dan kami buat perbincangan dari A hingga Z. Daripada perbincangan, tercetusnya hukum sama ada boleh atau tidak, wajib atau tidak berasaskan kajian yang kita buat,” katanya.

Katanya, Pas menyedari perkara itu memandangkan BN mempunyai banyak parti komponen dan agak sukar untuk Pas menentang kekuatan itu secara bersendirian
“Jika Pas tidak bergabung dengan parti lain dalam masyarakat majmuk, kemudian mahu lawan BN yang ada parti politik pelbagai, kita tidak akan mampu tumbangkan mereka.
“Sehingga akhir-akhir ini, kami mendapat lambaian daripada beberapa parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk turut sama bergabung bagi menguatkan barisan,” katanya.

Selain fokus politik, katanya, Pas turun menekankan dakwah Islamiah bagi memperbetulkan persepsi masyarakat bukan Islam di negara ini terhadap Islam lantaran mereka sebelum ini ditakut-takutkan oleh orang Islam sendiri.

“Ini mendukacitakan kerana ia berlaku daripada golongan mereka ada ilmu agama yang mengatakan Islam tidak sesuai dengan masyarakat majmuk termasuk kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya negara Islam tidak boleh diwujud dalam masyarakat majmuk.
"Ia menyebabkan masyarakat bukan Islam jadi kabur sedangkan agama Islam diturun ALLAH untuk semua,” katanya.

1 comment:

  1. be honest la.. kalau kristian nak guna nama allah dalam gereja dia ikut dia la.. nama publish dalam bible bahasa inggeris cina india ka ikut suka dia la.. tapi pehal la plak nak buat dalam bahasa melayu.. berapa kerat sangat la orang cina india yang baca bible bahsa melayu ader.. yang si nik ajis koner baring tu hangpa tak kata apa pun

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa