Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 7, 2013

Untungnya PAS: Ramainya Menjadi Jurucakap Sukarela!

Sekiranya BN kalah di PRU13 nanti bolehlah PAS lantik Zahid menjadi Ketua Penerangan Atau paling tidak Ahli Majlis Sura'

Memang benar bukanya ada perkataan 'mustahil' di dalam politik. Itu hakikat.

PAS boleh tersenyum kerana kekuatan PAS telah diperakui oleh Naib Presiden UMNO!

Zahid ni memuji, memujuk dan mengadu-doma sekali gus. Bijak tapi tak berapa cerdik!

Bukankah kata-kata dari Zahid ini melambangkan 'kekuatan' dan 'ketakutan'?
PAS Tidak Perlu Bergantung Kepada Parti Pembangkang Yang Lain - Zahid
BAGAN DATOH: PAS mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu bergantung kepada parti lain dalam pakatan pembangkang bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam politik, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Oleh itu, katanya bukan sesuatu yang mustahil jika suatu masa nanti PAS akan meninggalkan pakatan pembangkang.
"Sejarah telah memperlihatkan bahawa mereka (PAS) menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972 dan atas ketidakpersetujuan mereka telah pun meninggalkan BN.
"Jadi tidak mustahil pada kali ini mereka juga meninggalkan pakatan pembangkang kerana bagi saya kekuatan PAS adalah kekuatan tersendiri dan saya tidak fikir mereka memerlukan kekuatan daripada DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada 1,405 nelayan di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, Khamis.
Beliau diminta mengulas desakan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang berikutan campur tangan DAP terhadap dasar parti itu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata desakan itu dibuat selepas Nasharuddin mendapati PAS telah terkeluar daripada landasan perjuangan asal parti itu iaitu menegakkan daulah Islamiah.
"Jelas daripada apa yang berlaku mutakhir ini ialah bahawa kepimpinan PAS tidak sanggup untuk menyanggah apa yang diputuskan DAP," katanya. - mStar

2 comments:

  1. UNCOVERED TRUTH OF THE UMNO " GABANS"

    Assalammu'alaikum,
    Pagi jumaat ini bukan nak mengumpat, tetapi nak beri teguran sedikit kepada makhluk dalam Umno yang di kategorikan oleh Tun M sebgai gulungan yang tak cerdik. Ayat Tun M ini memang tepat dan sohih bila kebelakangan ini banyak sangat kenyataan dan pandangan tahap GABAN yang dilontarkan oleh mereka.
    Pagi ini saya nak cakap pasal Ahmad Zahid boss KEMENTAH merangkap alumni SIS Ipoh. Tiba-tiba mencelah masuk urusan rumah tangga orang, PAS BOLEH BERJUANG SENDIRIAN kan GABAN namanya... Umno sendiri melacurkan agama kepada MCA, GERAKAN dan MIC, TAK PULA BERANI KELUAR BN..... analisis Dr kangkung yang buta sejarah penggabungnan dan perceraian Umno PAS.
    Atau umno memang TAK MAMPU dan KUAT utk bersendirian.

    Habis bab tu pikiur sendiri yeop.....

    SATU BAB LAGI Pasal komen GABAN++++ mengenai Jendral (B) Dato Ghafir (JDG) bertanya pasal standard JDG yang bertanya tu lagi NO STANDARD....

    PERBANINGAN SEPERTI BERIKUT:

    Keperibadian JDG langit kau dasar Kolam N..j..
    Sasiah sama juga. JDG amat disenangi di mana sajaia bertugas, Kem Tebrau, mindef dll
    JDG tak segan silu bentang / lipat sejadah, bahkan orang-orang bawahan (rank & file) di KEMENTAH sangat segan dengan sahsiah JDG dalam perkara ini.
    Satu-satu Jeneral yang tak suka menyusah orang.... bahkan pemandunya.... Sanggup berjalan menghnatar surat peribadi di pej. Pos.

    Dari segi taqwa walupun bependidikaan RMC berbanding Zahid di SIS ..... sepatut dalam hal ini Zahid boleh menang TETAPI Zahid juah lebih bawah dari JDG.

    SYABAS Tun M kamu memang pakar dalam memilih kumpulan GABAN untuk berada dalam UMNO. SAMPAI TAK TAHU & TAK KENAL PUAK YANG PATUT DLM MIC JADI KETUA PEMUDA PENANG.

    Allah selamatkan Kita semua dari THE GABANS.....

    Tokwan Perak

    ReplyDelete
  2. W'salam wbt.Tokwan Perak

    Nampak sangat fikirannya dangkal berfikir tak pakai otak. Bercakap seolah menggunakan punggung!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa