May 10, 2013
Amat berbahaya untuk melaga-lagakan suatu komuniti dengan yang lain, kata Concerned Malaysian dalam satu kenyataan media.
PETALING JAYA: Tidak wajar ahli politik dan pihak media menyalahkan sesebuah komuniti terhadap hasil keputusan pilihanraya, kerana ia bercanggah dengan semangat pengasas-pengasas negara, rukunegara kita, Wawasan 2020 dan 1Malaysia.
Amat berbahaya untuk melaga-lagakan suatu komuniti dengan yang lain atas tuduhan kononnya mereka telah menolak kerajaan sedia ada, kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat, dan boleh menimbulkan kemungkinan berlakunya keganasan, kata Concerned Malaysian dalam satu kenyataan media. Concerned Malaysian disokong oleh 67 individu mengandungi pelbagai kumpulan termasuk pelakon, aktivis kanak-kanak dan perunding kewangan.
“Selepas pilihan raya umum yang ke-13, kami amat sedih dengan kenyataan-kenyataan bernada perkauman oleh sesetengah pemimpin politik, pihak media dan blog-blog, yang menyentuh sensitiviti sesetengah kelompok masyarakat. “Mungkin keputusan pilihan raya tidak menyenangkan hati sesetengah pihak. Justeru itulah perlunya kita bersatu untuk mengubati hati yang luka, dan bukan dengan membuatkan masyarakat berpecah belah,” kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, semua warganegara didesak untuk memilih parti politik melalui peti undi, dan bukan melalui cara lain.
Kenyataan itu menambah, rakyat telah melakukannya pada 5 Mei 2013, namun, sesetengahnya dituduh sebagai tidak berterima kasih.
`Untuk Malaysia lebih baik’
“Kita semua telah mengundi untuk negara Malaysia yang lebih baik. Maka, tidak seharusnya kita disalahkan jika wawasan kita berlainan dari apa yang dimahukan oleh pihak kerajaan.
“Semua pihak telah bersetuju bahawa perubahan amat diperlukan di negara kita, sama ada ianya dinamakan ‘transformasi’ ataupun ‘perubahan’.
“Dalam dunia globalisasi ini, perubahan minda dan sikap amat penting sekali agar kita tidak ketinggalan.
“Perubahan ini mesti dicapai melalui cara yang aman, termasuklah melalui peti undi,” katanya itu.
Menurut kenyataan itu, amatlah mengecewakan apabila masih berlaku lagi taktik lama untuk menakut-nakutkan masyarakat, yang bernada mengugut kemungkinan berlakukanya keganasan. Katanya, sekiranya timbul syak mengenai mengenai penipuan atau penyalahurusan dalam proses pilihanraya, maka adalah menjadi hak semua warganegara membuat bantahan terhadap keputusan pilihan raya.
Namun, bantahan sedemikian sepatutnya dibuat oleh individu atau kumpulan-kumpulan masyarakat sivil pada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) atau melalui system mahkamah, dan bukannya dengan menyebarkan maklumat yang belum tentu benar atau berdasarkan khabar angin melalui media sosial.
(SPR) atau melalui system mahkamah, dan bukannya dengan menyebarkan maklumat yang belum tentu benar atau berdasarkan khabar angin melalui media sosial.
Kami bersetuju tentang perlunya perdamaian dan kerukunan antara semua pihak di seluruh negara. Justeru, kami memohon agar semua ahli politik, pihak media dan para aktivis untuk lebih berhati-hati dengan kata-kata dan tindakan mereka, dan berusaha ke arah perubahan melalui cara-cara yang aman.
Setelah melalui kempen pilihan raya yang sengit, kini haruslah membuka lembaran baru dan bersatu demi mewujudkan negara Malaysia yang lebih baik, kata kenyataan itu lagi.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa