Kalau tak ada apa-apa takkanlah sehingga dipanggil mengadap?
ADUN negeri lain yang dikuasai BN tak dipanggil pun...
PM mahu Umno Terengganu bersatu, beri khidmat terbaik kepada rakyat
9 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno Terengganu memperkukuh kesatuan dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 Ahad lepas.
Nasihat itu antara yang ditekan Najib, yang juga Presiden Umno, dalam pertemuan hampir dua jam dengan kesemua 17 wakil rakyat Umno Terengganu di ibu pejabat parti berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini.
"Perdana Menteri minta kita bersatu dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat agar di masa akan datang, kita dapat merebut kembali kerusi yang kita kalah," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas pertemuan itu.
BN Terengganu mengekalkan penguasaan di negeri itu dengan majoriti mudah apabila memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Ditanya sama ada isu pelantikan menteri besar turut disentuh pada pertemuan itu, Ahmad berkata perkara itu tidak dibincang.
Bagaimanapun, Ahmad yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua berkata majlis angkat sumpah jawatan itu akan diadakan bersama pelantikan Exco dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Difahamkan, pada pertemuan itu, semua wakil rakyat turut menyatakan ikrar taat setia kepada pucuk pimpinan di depan Najib. - SH
selangor pon berkocak lagi kuat encik...
ReplyDeleteAnon 2:04 AM
ReplyDeleteBetul tu....mereka mengecewakan rakyat yang pilih mereka
betul rakyat kecewa., sangat kecewa...tapi tak akan mudah penat dgn ujian spt ini. Kalau nawaitu pemimpin macam ini....tak usahlah nak wakili kami. You're fired.....!!!!
ReplyDeletewakil rakyat barisan kalau hampa keluar aku pancung sampai anak cucu cicit memang bangsa tak kenal budi
ReplyDeleteAs Salam Tuan.
ReplyDeletePemimpin UMNO Trengganu siapa yang tak kenal? Bising-bising, ugut-ugut sebab tak dapat makan besar (projek juta-juta). Sumbat aje mulut mereka dengan rumput (projek), senyap sunyi dan habis tidur kekenyangan. Mereka ini sebenarnya seperti lembu kenyang dan tak lebih dari itu, cumanya kebanyakkan mereka kurus melainkan Md Said yang gemuk.