Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 10, 2013

Melayu Totok Atau Kepala Dalam Kotak?

Yang ni aku jumpa kat fb anak aku
Yang bertulisan biru ni yang aku tambah -

Yang manarik perhatian aku adalah 'Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu'

Teringat kata-kata Arwah Ayahku, Datuk kepada anakku ini

Di zaman Jepun Ayahku bekerja dengan Jepun, jadi aku tanya soalan cerpu mas kepadanya "Kenapa Ayah kerja dengan Jepun?" 
Dia tanya aku balik "Apa bezanya antara Jepun dengan British, bukankah kedua-duanya adalah Penjajah?"
"Di masa itu Emak dan Abang kamu cukup makan,cukup pakai sedangkan orang lain makan ubi kayu dan pakai guni jadikan kain - kita senang kerana Ayah kerja dengan Jepun!" Ayah berikan sebab
Dia sambung lagi "kenapa Melayu bangga kerja dengan British sedangkan membenci Jepun?" - "kedua-dua kuasa ini adalah sama-sama menjajah kita"

Yang aku naik herannya ialah ungkapan di bawah ini. 
Kononnya berperang dengan Cina untuk kedaulatan Raja-Raja Melayu. 
Bukankah Raja-Raja Melayu yang tandatangani Malay Union?

Berperang menghalau Jepun tetapi menyerahkan pula kepada British - bermaruah dan berbaloikah?
Adakah British bukan penjajah?
Itulah  taraf tololnya Melayu!

Selebihnya bacalah di bawah:- 

Bahan bacaan hanya utk org yg waras dan berakal. Yg x cukup syarat tu boleh terus angkat sepanduk racist anda. :)


"MELAYU TOTOK SAMPAI BILA-BILA PUN TAKAN FAHAM" - ZAIDI ISMAIL

Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.

Kredit kepada
Mohd Ihsan Fadhli Che Min
Warganegara Islam

5 comments:

  1. ATAU BAWAH TEMPURUNG ? DICUCUK HIDUNG ATAU DIPAWAHKAN ? MELAYU KAMPUNG RELA PENYANGAK JADI PEMIMPIN ?

    ReplyDelete
  2. Nak tambah sikit. Apa lah Melayu bodoh ni nak mempertahankan Raja Gopal? Di saat Melayu derita dan dizalimi oleh bangsa sendiri Raja Gopal masih hidup mewah dan kaya raya. Di saat Melayu hidup senang dan agak mewah, Raja Gopal lagi bertambah senang dan amat bermewah-mewah. Apa ini? Kamu Melayu nak hidup sampai 1000 tahun?

    Selama ini kaum Cina lah yang membawa masuk peluang perniagaan seperti sunah Rasulullah. Di kedai kaum Cinalah juga ibu bapa kamu membeli barangan dengan harga yang berpatutan untuk membesarkan kamu. Malah para pemimpin Melayu kamu, baru mendapat hak mengimpot guloa dan tepung.....tak sampai 2 hari harga gula dan tepung telah melambung naik. Melayu tidak pandai berniaga dengan bangsa luar tetapi Melayu cukup pandai menipu bangsa sendiri demi kekayaan dan kemewahan famili dan kroni.

    ReplyDelete
  3. Bhai MountDweller..

    Inilah kata-kata yang paling best gua dengar... betul... 40 jiran disekeliling kita ader hak mereka disisi Allah... tak ada beza kaum mahupun agama...

    Alhamdulillah... Generasi X dan Y yang dah nampak jalan terbaek untuk Malaysia..

    ReplyDelete
  4. Hey MELAYU TOTOK. Eh kita semua Melayu bodoh kan? Ha ha ha. Bila Cina minta kita jangan laungkan azan kita yang bodoh ini akur kan? Kita juga tidak mahu ada perkataan Melayu dalam kad pengenalan kan? Kita amat benci tulisan Melayu kan kan... Kita amat gembira kalau kedai Melayu bengkrap kan? Kita adalah Melayu yang bodoh yang sesuai jadi kuli kan kan... Kita semua Melayu totok kan kan... Kita tidak suka restoran Melayu kan kan... kita suka kalau orang bukan Islam masuk surau Melayu totok pakai kasut kan kan...Kita sangat takut dinamakan Melayu kan kan...Kita mat terhina bila ada perkataan Bumiputra kan kan... kita hendak diri kita Melayu bodoh ini disamakan dengan pendatang Afrika kan kan...Kita tak mahu guna bahasa kita kita namakan diri kita dengan nama Inggeris kan kan MOUNTDWELLER!

    ReplyDelete
  5. Hay ya... ini blog orang asli ka?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa