Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 8, 2014

Akan Selamatkah BN Dengan Membantutkan Kemaraan Anwar?

Pada hemat aku BN akan lebih parah
Imej lebih tercalar
Indikasinya kita akan tengok pada keputusan PRK Kajang

Dalam keadaan Najib terkial-kial memulihkan sokongan rakyat
Melepaskan diri dari musuh dalaman UMNO
Kepercayaan rakyat semakin terhakis
Sepatutnya Najib melunakkan tindakan dan mengikut hasrat rakyat yang sudah lama mencurigai Mahkamah

BR1M tidak boleh membantu
Rakyat akan lebih naik hantu.....

Pakatan ikrar demonstrasi ‘Reformasi 2.0’ bantah hukuman kes liwat Anwar
OLEH DIYANA IBRAHIM
MARCH 08, 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Mahkamah Rayuan semalam. Pemimpin PKR pagi ini akan membuat keputusan tentang 'Reformasi 2.0' sebagai bantahan kepada hukuman kes liwat terhadap Anwar, dan berikrar untuk mengadakan demonstrasi jalanan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 8 Mac, 2014.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan menganjurkan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah di hadapan ribuan penyokong mereka yang membanjiri Kajang malam tadi.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelan rekonsiliasi nasional PR dan Barisan Nasional (BN) bersama tidak akan dilaksanakan selagi Anwar masih lagi disabitkan dengan kesalahan liwat, kali kedua dalam tempoh 15 tahun.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membayangkan akan berlakunya "Reformasi 2.0" sebagai bantahan ke atas keputusan mahkamah di mana Anwar yang merupakan calon PR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkemungkinan berdepan dengan hukuman penjara lima tahun.
"Perbuatan yang jahat, korupsi tidak boleh dilawan melalui sistem pilihan raya, ia hanya boleh dilakukan dengan demonstrasi," katanya di hadapan kira-kira 1,000 penyokong di Sungai Sekamat Kajang malam tadi."Ini adalah reaksi kami. Anda tidak boleh berharap kami terus berdiam diri, kerana kita akan lawan.
Katanya keputusan mengenai protes tersebut akan dilakukan semasa mesyuarat pimpinan PKR pagi ini.
Empat hari sebelum Hari Penamaan Calon PRK Kajang, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada Anwar kerana didapati bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim dalam kes itu menerima permohonan Anwar untuk penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM10,000.
Bagi menjayakan demonstrasi Reformasi 2.0, Azmin berkata PKR memerlukan penglibatan orang ramai.
Azmin merupakan antara yang menganjurkan demonstrasi jalanan pada 1998 pada ketika Anwar dipenjara kali pertama atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa.
"Apa patut kita buat? Kita patut lawan.. hendak turun jalan raya? Orang yang zalim, yang rasuah, perompak penjenayah, tidak boleh dijatuhkan melalui pilihan raya.

"Ianya hanya boleh dijatuhkan dengan demonstrasi jalan raya," katanya.
Azmin juga turut mempersoalkan tentang keraguan yang terlalu banyak timbul dengan cara mahkamah menangani kes tersebut. 
"Peguam Karpal Singh berkata pertama kali berlaku sesi prosiding dalam mahkamah mengambil masa selama empat jam," katanya.

Azmin yang juga merupakan ahli Parlimen Bukit Antarabangsa berkata tidak akan sesekali membenarkan Anwar untuk berada dalam penjara lagi.
Anwar pernah dijatuhkan hukuman selama enam tahun dalam kes liwat pertama dan kemudiannya dibebaskan pada 2004 selepas Tun Abdullah Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam sidang media selepas itu, Azmin menegaskan keputusan hukuman Anwar tidak akan menjatuhkan semangat ahli PKR.
"Kali ini kita berharap protes itu akan menghantar satu lagi gelombang baru untuk menuntut keadilan dan kebenaran.
"Kami masih belum membuat keputusan bagaimana ia akan dilakukan," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS, Khalid Samad dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib turut hadir memberikan sokongan malam tadi.
Khalid yang juga merupakan menteri besar Selangor menyifatkan hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar sebagai detik hitam dalam sistem perundangan negara.


"Sebaik sahaja hukuman dijatuhkan, semangat rekonsiliasi nasional yang dicanangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhapus dan tenggelam dalam hipokrasi," katanya. – 8 Mac, 2014.

3 comments:

  1. Abe

    Ambo setuju dengan pendapat abe. BN akan menerima kesan yang besar dalam percaturan politik di semenanjung. Umno dan parti komponen akan merasai akan kesannya. Mereka cuma ok di Sabah dan Sarawak.

    Skrip liwat 1 berulang s3kali lagi satu persatu. Apabila kita membaca laporan akbar tentang hujah shafee abdullah dihari pertama kita t3lah bol3h m3nduga bahawa skrip 1998 dan keputusan 1998 akan berulang lagi.

    Mengapa ambo kata gitu. Jika kita ikuti kes-kes yang membabitkan UMNO dan seset3ngah kes kerajaan yang berkaitan dengan politik yang dibawa kepada mahkamah rayuan, selalunya depa menang walaupun hujahnya lemah seperti yang kita lihat kemaring. Clue awal kita boleh lihat dari senarai nama-nama hakim yang dilantik. Itulah pemerhatian ambo selama ini. Jika bekas ketua UMNO Pengkalan Ch3pa akhir tahun 80an - awal 90an dilantik menjadi ketua, kita bol3h angkat tangan awal2 lagilah...soh3h kaloh!

    Walaupun skripnya sama dan tujuan sama tetapi kesannya tidak semestinya sama kerana mastermindnya tidak sama. Walaupun Najib sanggup buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa sama seperti Mahathir dulu dalam kes ini, tetapi Najib tidak memil3ki degree of ruthlessness Mahathir yang wo4ld class dan k3licikan jangka panjang Mahathir.

    Jangkamasa 5 tahun dibawah Najib sudah cukup kita meng3nali diri dan k3mampuan politik Najib. Dalam kes liwat 2 ini Najib bukan master planner dari A ke Z. Seperti biasa ianya adalah perancangan dan perlaksanaan orang lain. Sebab itu jika kita lihat tindakan-tindakan politik Najib s3belum ini, hampir kesemuanya menjerat dia balik. Kerana ia adalah tindakan ad hoc yang dicetus dan dirancang oleh orang lain. Sebab semua tindakan politik Najib disubkontrak kepada orang lain untuk membuatnya. Dalam kes rayuan liwat 2 ini kita sudah bol3h agak siapakah subkontraktor Najib!

    Jadi kita jangan risau sangat. Bagi masa skit. Nanti akan ada jalan keluar kepada Anwar. Juga kita bol3h lihat bagaimana tindakan ini akan m3njerat Najib.

    Satu lagi setail Najib ialah dia menggunakan wang untuk menyelesaikan masaalahnya i.e dia beli sokongan dengan wang. Nak menang PRU 13 dia tabur duit macam2 . BR1M adalah salah satunya. Dengar kata untuk mengurangkan kemarahan rakyat dalam isu rayuan kes liwat 2 ini, Najib dah umpan wang dengan kenyataannya yang BR1M tahun depan akan dinaikkan ke RM 1, 200 !

    ReplyDelete
  2. Kalau kita perhatikan, para penyokong Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat, tidak peduli langsung dengan undang-undang di negara ini. Undang-undang bagi mereka, hanyalah efektif apabila sebarang keputusan berpihak kepada mereka. Jikalau tidak berpihak, maka ia dianggap sebagai satu kezaliman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tidak peduli adalah penyokong-penyokong UMNO. Jangan nak mengata orang.

      Lihat kerja-kerja m3nganggu ceramah-ceramah Pakatan sebelum PRU 13. Puak mana yang membaling batu dan menghalang bas Anwar dalam ekspedisi beliau keseluruh negara sebelum.

      Lihat d3monstrasi-demonstrasi puak-puak di penang.

      Ini le dikatakan melayu berotak lembu. Nampak orang j3....

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa