Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 7, 2014

Jenis Mainan Politik Apa Khalid Ni?

Adakah patut perkara ini diperbesarkan di kala Anwar bergelut di Mahkamah?
Dan adakah Khalid tidak mahu PKR menang di PRK Kajang dengan menonjolkan seolah ada berlaku perebutan kerusi MB Selangor?
Atau memang Khalid dah 'buang tabiat' dalam politik?

Saya setuju dengan komentar MSO di blognya, baca di sini

Khalid menghadap Sultan Selangor, tetap pendirian tidak letak jawatan
OLEH DIYANA IBRAHIM
MARCH 07, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 07, 2014 02:40 PM
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui menghadap Sultan Selangor memaklumkan pendiriannya untuk tidak meletak jawatan sebagai menteri besar. Gambar fail.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui beliau sudah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan berhubung pendiriannya untuk tidak meletakkan jawatannya.
Pengakuan Khalid itu mengesahkan spekulasi bahawa menteri besar itu menghadap sultan sejurus selepas menerima surat arahan peletakan jawatan daripada partinya pada awal Februari lalu.
Khalid juga mengakui memberi penjelasan bahawa beliau tidak berganjak daripada keputusannya untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor kepada exco serta barisan kepimpinannya.
"Saya memaklumkan kepada Sultan Selangor dan barisan exco mengenai tindakan saya," katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat Selangor di Dewan Taman Mesra Kajang, Selangor.
Beliau berkata demikian dipercayai sebagai merujuk kepada pendiriannya untuk tetap menjadi pemerintah negeri Selangor.
Minggu lalu, Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PRK dalam pemilihan parti itu April nanti.
Cakap-cakap menyatakan keputusan beliau bertanding itu adalah untuk memberi amaran kepada pimpinan parti bahawa beliau tidak akan berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Khalid juga sekali lagi menegaskan tidak akan menandatangani surat peletakan jawatan biarpun dipaksa untuk berbuat demikian.
"Tidak. Saya tidak akan tandatangan (jika) ada surat untuk saya meletakkan jawatan sampai ke pejabat saya.

"Saya tidak pernah melihat kalau betul saya tandatangani surat tersebut barisan exco pasti sudah dimaklumkan dulu," katanya.
Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dikatakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dilantik sebagai menteri besar sekiranya memenangi PRK tersebut.
Kepimpinan parti itu juga sebelum ini berkata bahawa akan menetapkan pendirian rasmi berhubung kedudukan Khalid selepas PRK Kajang.
Kemelut politik dalaman antara parti dan kerajaan negeri memuncak dengan tindakan Khalid menandatangi memorandum persefaham dengan Putrajaya untuk mengatasi krisis air sebagai pertukaran Selangor membenarkan kerajaan pusat meneruskan pembinaan Loji Rawatan Langat 2.
Khalid dilihat sebagai bertindak balas apabila meminggirkan Anwar dan kepimpinan PKR dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan Putrajaya untuk mengatasi krisis air di negeri itu.
Ia mendapat kritikan daripada pimpinan kerajaan negeri di mana pengarah strategi PKR membuat andaian berlakunya kos kenaikan sebanyak RM20 bilion dalam penstrukturan semula air selain menyaksikan kenaikan tarif air.
Bagaimanapun sebelum ini, Anwar dan kerajaan pakatan lain bersetuju untuk kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas terdiri daripada peguam bebas untuk meneliti kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) air antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu Khalid menyifatkan penubuhan jawatankuasa tersebut menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.
"Itu cara kerajaan negeri yang mesti ada penilaian profesional kalau hendak beri nasihat tetapi tidak reti mengira air maka susahlah kita," katanya.
Antara lain beliau berpendapat kritikan daripada pimpinan parti mengenai perjanjian air bersama Putrajaya yang dilemparkan kepadanya kerana kecewa ekoran kerajaan negeri tidak membawa bersama dalam perbincangan itu.
"Ini ialah demokrasi, rakyat setuju dan pelaksanaannya mesti betul‎ mereka perlu berasa sebagai tulang belakang dalam usaha tersebut.
"Namun orang parti terkilan kerana tidak dibawa mengangkat bendera bersama," katanya.
Ditanya mengenai spekulasi mengenai rancangan parti menggunakan pelan sokongan dengan memilih Rafizi menggantikan Anwar jika didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, beliau hanya berkata tidak mencampuri urusan berkenaan.
"Itu taktik yang menteri besar tidak akan campur kalau saya beritahu anda maksudnya saya sudah membantu Umno mengenai strategi parti," katanya. – 7 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa