Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 16, 2014

Laporan Yang Tepat: 'Melayu', 'Cina' Dan 'India' Yang Mati Kerana Dadah Di Festival Musik

6 mati ambil dadah berlebihan di festival muzik
The Malaysian Insider
Enam orang meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) malam tadi menyebabkan pihak penganjur terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis menasihatkan mereka berbuat demikian.
"Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014.
"Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin," kata pihak penganjur dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook festival itu.
Portal berita The Star hari ini melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ).
Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.
Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun.
Polis berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital.
Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina.
Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival.
Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini.
Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan tetapi kami masih menunggu. Bassment Sindiket sepatutnya membuat persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan mereka dihentikan,” katanya. – 15 Mac, 2014.
Nasi tambah # aku tak tahulah bagaimana penganjur dan yang meluluskan permit festival ini berfikir dan apa yang ada dalam hati mereka.
Sepatutnya festival ini ditangguhkan di kalakerajaan Malaysia sedang bergelut mencari dan menyelamat MH370 yang hilang
Seluruh rakyat Malaysia murung, sedih dan bersimpati.......
Bukan setakat Malaysia yang susah dan bengkak kepala berfikir bahkan hampir seluruh dunia membantu
Pada aku memang tepat laporan media yang menyatakan bilangan Melayu, Cina dan India.
'Orang Islam memang tidak akan mati kerana dadah dan alkohol di tempat maksiat pula!'
Aku bukan menghina tetapi itulah hakikat....

5 comments:

  1. Islam itu bukanbya semestinta MELAYU

    ReplyDelete
  2. Melayu adalah bangsa Islam adalah ugama jangan nak dicampur adukan melayu suka bermaksiat Islam tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju melayu adalah bangsa islam adalah agama dan tidak semestinya org melayu semua mengikut ape yg diajarkn oleh islam... Kebanyakkan nya hanyalah islam pd nama je

      Delete
  3. Elok pun mereka mati. Kalau hidup, boleh menyusahkan keluarga dan masyarakat saja. Tak ada langsung simpati kepada mereka.

    ReplyDelete
  4. Janganlah bersedih di atas kematian mereka itu. Kerana itulah yang mereka pilih. Macam mana kerajaan boleh lulus di saat semua orang sedang bersedih dengan kehilangan MAS. Zaman dulu 'woodstock' macam inlah. Ini kerja gila.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa