Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 3, 2014

BR1M: Mahathir Kata Sogokan/Rasuah Meraih Sokongan Rakyat, Najib Kata Nak Tolong Rakyat!

Mahathir kata rasuah
Najib dan Muhyiddin kata kerajaan BN nak tolong rakyat
Korang percaya ker kata-kata dua orang ni?
Aku nampak dan majoriti rakyat yang boleh berfikir nampak

Bila Mahathir sebut RM8.4 bilion kerajaan tanggung BR1M, aku pun naik runsing
Apa ker tidaknya, kerajaan berhutang dan untuk membayarnya sehingga ke anak cucu yang tanggung beban hutang yang kerajaan BN buat

Habis di mana makmurnya Malaysia di bawah BN?
Tengok gambar kat bawah ni pun dah macam orang Afrika berebut makanan!
Dr M: K'jaan jangan tipu diri sendiri isu BR1M
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar tidak menipu diri sendiri dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapat rendah.

Katanya, kerajaan tidak harus terus menanggung beban hingga RM8.4 bilion demi menyalurkan BR1M, yang menurutnya tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi.

Dalam tulisannya di blog chedet.cc, beliau menegur pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memahami sentimen rakyat dengan lebih baik.

"Kegagalan untuk memahami sentimen awam akan memberi akibat buruk kepada ahli politik. Menipu diri sendiri adalah lebih buruk," tulisnya.

Jelasnya, kerajaan masih mendapat sokongan baik walau tanpa memberi “sogokan” seperti itu, katanya.

“Sebenarnya, ramai juga yang memberitahu saya bahawa BR1M adalah sogokan, terutama apabila diberi sebelum pilihan raya.

“Ini samalah seperti memberi plakad untuk dipamerkan apabila anda lalu. Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen sebenar.

“Perasaan itu lebih baik dinyatakan melalui undi mereka. Undian mereka menunjukkan kematangan masing-masing,” katanya.

Najib pertahan BR1M

Sementara itu, Najib satu ucapan di perhimpunan Jabatan Perdana Menteri hari ini bagaimanapun mempertahankan langkah berkenaan, yang disifatkannya sebagai subsidi khusus kepada golongan sasaran dan untuk membantu memacu ekonomi dalam negara.

Laporan laman The Malaysian Insider yang memetik ucapan Najib itu menyebut, dengan mengurangkan jumlah keseluruhan subsidi melalui bantuan kepada golongan sasaran adalah lebih baik.

“Melalui BR1M dan BR1M 3.0, lebih 7 juta isi rumah (menerima BR1M) berjumlah RM4.6 bilion.

"Pada hari pertama, ramai yang pergi (membeli-belah) ke Sogo, ramai yang pergi ke pasar minggu,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa