Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 13, 2014

MH370: Ada Objek Dikesan Satelit China?

Malaysia hantar pesawat pencari ke kawasan objek ditemui satelit China
Malaysia menghantar pesawat menuju ke kawasan tiga objek ditemui satelit China yang disyaki kawasan penerbangan Malaysia Airlines 370 terhempas, lapor CNN.
CNN memetik sumber daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tidak mahu dinamakan yang memaklumkan mereka pagi ini.
‎Awal hari ini, satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines 370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini. – 13 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa