Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 12, 2014

MH370: Cuai Atau Bodoh - Mereka Ingat Ini Perkara Main-Main Kah?

Kalau Nelayan yang menggunakan boat menangkap ikan berjaya mengikat dan mengawal objek tu, apa kena pulak APMM gagal menyelamatkannya?
Apa ni?
Apa masalah dengan mereka ni?
Mereka ingat ini perkara remeh dan menyusahkan mereka ke?

Kalau Nelayan boleh bersusah payah mengawal objek tu dan bersusah payah pula menghubungi mereka (APMM), mereka pula boleh leka dan biarkannya tenggelam!
Bukankah itu mungkin satu petunjuk yang sepatutnya disiasat dan dikenal pasti?

Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat
The Malaysian Insider
 
Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam, lapor Sinar Harian. 
Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.
Menurut akhbar harian itu, Azman yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan. 
"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya. 
Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada Berita Harian. 
Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370. 
"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya. 
Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan. 
Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian
Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM, lapor akhbar itu lagi.
Hari ini masuk hari ke lima pesawat MH370 selepas hilang Sabtu lepas dan sehingga kini, sudah empat laporan saksi berkaitan kapal terbang ini.
Penduduk Pengkalan Chepa, Kelantan, melihat kapal terbang rendah, penduduk Tumpat melihat pesawat dengan ekor terbakar, nelayan di Marang mendengar bunyi yang kuat dan kini nelayan Port Dickson menemui objek umpama rakit keselamatan pesawat itu.
Kesemua maklumat ini selaras dengan kenyataan TUDM bahawa radar mereka mengesan pesawat ini berpatah balik selepas satu jam terbang dan hilang di perairan Vietnam. – 12 Mac, 2014.

5 comments:

  1. Makin lame..makin pelik..ke ade arahan suruh tenggelamkan..ishh biar betul ni

    ReplyDelete


  2. Ha ha ha ha........
    Super Dooper Maha Rajalawak Mega.
    Bukan kerja diorang Beb kutip barang terpakai..
    Lain kali pangilah Majlis perbadaran yang kutip Sampah

    ReplyDelete
  3. aku gurenti ada arahan utk tengelamkan..

    ReplyDelete
  4. konspirasi semakin menyerlah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa