Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 18, 2014

MH370: Enggan Ulas Atau Tak Tahu?

Hairan sungguh
Apa yang Hishamuddin dan Najib tahu?
Terlalu banyak persoalan yang tidak berjawab!

Hishammuddin enggan ulas kemungkinan juruterbang MH370 beri isyarat mengelirukan
OLEH MD IZWAN
MARCH 17, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 17, 2014 08:23 PM
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kanan) dan Ketua Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya (dua dari kiri) menjawab pelbagai soalan dari media petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 17 Mac, 2014.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak memberi ulasan kemungkinan juruterbang pesawat MH370 memberi isyarat mengelirukan sebelum hilang pada 8 Mac lalu.
Percanggahan timbul selepas isyarat terakhir daripada Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS) pesawat MH370 adalah pada jam 1.07 pagi, tetapi komunikasi terakhir "Alright, good night" dengan juruterbang adalah pada jam 1.19 pagi.
"Kami tidak mahu terjurus kepada spekulasi, ia perlu diteliti dan disahkan," kata Hishammuddin apabila ditanya wartawan sama ada juruterbang cuba mengelirukan menara kawalan trafik udara.
Awal hari ini Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Abdul Aziz dari DAP mempersoalkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana tidak memeriksa pesawat yang terbang misteri merentasi Semenanjung Malaysia pada hari pesawat Boeing 777-200ER milik MAS hilang.
Pesawat misteri itu kini dikenali sebagai pesawat MH370 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar 1.30 pagi pada 8 Mac. Ia masih belum ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10. – 17 Mac, 2014.

1 comment:

  1. Kalau pekerja kerja makan gaji buta sebuk update facebook dan twitter saja dalam opis sampai otak benggap , nak cakap apa bila di tanya sebab otak nya kosong.

    Kena pulak duduk opis gomen.

    Biasalah ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa