Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 18, 2014

MH370: Kenapa Banyak Spekulasi Datang Dari Amerika? Seolah Banyak Yang Mereka Tahu!

Dari mana mereka dapat maklumat dan buat spekulasi?
Yang peliknya pemimpin kita pun seolah dipimpin oleh laporan mereka!
Laluan penerbangan MH370 diprogramkan, bukan kawalan manual, kata laporan

Lencongan arah yang diambil pesawat Malaysia Airlines MH370, jauh dari laluan dijadualkan ke Beijing, diprogramkan menerusi sistem komputer pesawat, bukan kawalan manual, menguatkan lagi anggapan seseorang di dalam kokpit bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu 11 hari lalu, lapor New York Times.

Memetik pegawai kanan Amerika, akhbar itu berkata, individu terbabit yang mengubah laluan penerbangan “taip tujuh atau lapan ketukan kekunci di komputer yang berada di antara kapten dan pegawai pertama”.

Peralatan itu, yang juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pesawat, mengarahkan pesawat dari satu titik ke titik lain seperti dinyatakan dalam pelan penerbangan yang dihantar sebelum penerbangan.
Bagaimanapun, tidak diketahui jika laluan pesawat itu diprogramkan semula sebelum atau selepas berlepas.

Ini mengukuhkan lagi keyakinan penyiasat pesawat itu sengaja dilencongkan dan wujud perbuatan khianat dalam kes kehilangan MH370, kata akhbar itu.

Penyiasat, sebelum ini dilaporkan, memberi tumpuan kepada juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu susulan penemuan berkenaan. – 18 Mac, 2014. - sumber

1 comment:

  1. Kemungkinan mh370 disimpan olih amerika dipangkalan tentera mereka di diogo gracia sebab boing dibuat olih amerika segala system semua dari negara mereka. Mustahil kapal bolih terbang jauh sebesar boing tanpa dikesan olih negara yg terpaksa dilalui dgn setiap negara mempunyai radar yg cangih. Kalau pun nak elak radar ianya bukan kapalterbang perang yg cangih, kapalterbang tempur pun susah nak masuk sesebuah negara tanpa dikesan radar, fikirlah secara rasional dan logik jgn diperbodohkan olih lembu kak jat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa