MH370 mangsa ujian alat perang elektronik?
Posted on Thursday, March 13 @ 20:09:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
LONDON 12 Mac - Laman web popular yang membincangkan teori-teori misteri, Beforeitsnews.com tidak menolak kemungkinan, kehilangan MH370 mungkin ada kaitan dengan ujian penggunaan alat perang elektronik yang canggih bagi mengelak pesawat itu termasuk kotak hitamnya dikesan radar.
Menurut laporan tersebut, dalam peperangan elektronik, peralatan elektronik langkah balas (ECM) amat penting untuk mengelirukan sistem radar, sonar atau alat pengesan lain seperti laser inframerah dan boleh digunakan dengan tujuan serangan atau pertahanan bagi menyekat maklumat dihantar atau melumpuhkan sistem komunikasi pihak musuh.
Jelasnya, syarikat teknologi yang beribu pejabat di Austin, Freescale Semiconductor dilapor membangunkan teknologi tersebut bagi memenuhi keperluan sektor pertahanan dan aeroangkasa AS.
“Teori ini berbangkit kerana terdapat sekurang-kurangnya 20 penumpang dari syarikat elektronik Freescale Semiconductor yang beribu pejabat di Texas, Amerika Syarikat (AS), menaiki pesawat berkenaan dengan kesemuanya mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik untuk tujuan pertahanan ketenteraan.
“Tidak mustahil pesawat MH370 menjadi ‘halimunan’ dengan ujian penggunaan senjata berteknologi tinggi yang sememangnya wujud dan digunakan oleh pihak tentera," jelas laporan tersebut.
Laporan itu memberi contoh, Israel telah mencipta senjata yang mampu meniru isyarat telefon bimbit untuk mengarahkan rangkaian telefon tersebut memasuki status ‘tidur’, sekali gus menghentikan transmisi komunikasi, selain memiliki peralatan elektronik yang mampu mengganggu isyarat kecemasan pihak tentera musuh.
“Pada 2007, tentera Syria berpeluang menyaksikan teknologi moden itu apabila pesawat tentera Israel gagal dikesan radar tentera.
“Malah tahun lalu, Israel mengumumkan tentang teknologi baharu yang menjadikan pesawat tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi dikesan radar," jelas portal berita itu.
Laman web tentera, Military.com, pula melaporkan China kini giat membangunkan teknologi halimunan menggunakan panel kaca heksogan bagi memantulkan cahaya di sekeliling objek yang ingin ‘dihilangkan’.
Pakar tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan projek membangunkan teknologi berkenaan memang wujud, tidak menyamai projek yang dilaksanakan AS dan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bekas tentera khas AS, Chris Sajnog berkata, secara umumnya, kebolehan teknologi yang dibangunkan AS masih belum diketahui kerana Pentagon masih merahsiakannya, namun beberapa negara lain tidak jauh ketinggalan membangunkan teknologi yang sama.
- sumber
Faham ke apa yang dikatakan perang elektronik?
ReplyDeleteKotak hitam bukannya boleh dikesan oleh sesiapa. Ianya hanya untuk rakaman perbualan dan data semasa kapalterbang..so tak transmit apa2 pun. Yang transmit data kepada Secondary Radar adalah IFF. So sebelum tulis buatler homework sket.