Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 15, 2014

MH370: Laporan Pesawat disahkan dirampas

Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu aporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dijadual pada 1 tengah hari  ini - mk


# Kalau laporan ini benar dan disahkan kerajaan, sekarang kita hanya memikirkan apakah nasib yang dialami oleh penumpang dan crew pesawat tersebut........doakan mereka selamat dan tidak terhempas. Amiin!

1 comment:

  1. InsyaAllah selmt kecuali yg disyaki boleh menimbulkn mslh alamat jd altuya la

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa