Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 13, 2014

MH370 - Lawak: Warga Malaysia Di Luar Negara Solat Hajat, Di Dalam Negara Panggil Bomoh Tikar Terbang!

Tak taulah pemimpin bengong mana yang panggil Bomoh rosak akidah untuk menilik di KLIA
Bukan setakat lawak gila dengan perkara tahyul
Tetapi menjadi bahan jenaka kepada negara luar
Memalukan......meperlihatkan wajah huduh dan bodoh
Itulah tahap iman masyarakat Islam Malaysia pada kaca mata warga luar lain
Dalam negara
Rakyat Malaysia di luar negara
Warga Malaysia di luar negara adakan solat hajat untuk MH370

Insiden Malaysia Airlines (MAS) MH370 membangkitkan sokongan dan empati daripada masyarakat Malaysia di luar negara.
Jika sembahyang hajat diadakan di seluruh negara bagi keselamatan 227 penumpang dan 12 anak kapal pesawat yang hilang itu, rakyat Malaysia di luar negara termasuk pelajar, juga menunjukkan perpaduan dengan mengadakan solat hajat agar pesawat Boeing itu ditemui segera.
Muhammad Luqman Nasaruddin, 26, yang kini sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD di Queens University, Belfast, United Kingdom, berkata 30 pelajar Malaysia serta warganegara Malaysia mengadakan solat hajat malam Isnin lepas.
Dianjurkan Kelab Melayu Queens di Pusat Pelajar Malaysia di Belfast selepas solat Maghrib, solat itu diadakan dengan harapan pesawat itu ditemui segera.
"Kita berdoa semua penumpang dan kru ditemui segera dan semoga Allah mempermudahkan semua usaha termasuk operasi mencari dan menyelamat dan untuk anggota keluarga terbabit," katanya menerusi e-mel.
Persatuan Pelajar Malaysia Sheffield juga mengadakan solat hajat malam Selasa lepas di St Andrew Multi-Purpose Hall, kata Pegawai Hal Ehwal Islam Zakhuan Rashid dalam satu kenyataan.
Di Korea Selatan, Persatuan Pelajar Malaysia mengadakan solat hajat malam Selasa lepas di empat universiti, Korea University, Sungkyunkwan University, Inha University dan Seoul National University.
Menurut Azril Wanchik, 32, suami kepada Kaunselor Latihan dan Pendidikan di Kedutaan Malaysia, warga Malaysia di Korea Selatan berharap dan berdoa semua penumpang dan kru di dalam pesawat itu akan ditemui dan selamat.
"Seorang penumpang MH370 adalah rakan sekerja saya. Sebelum ke Seoul, saya adalah pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti)," katanya.
Beliau merujuk Mohd Sofuan Ibrahim, 33, yang baru sahaja ditugaskan di Beijing, China selama enam bulan sebagai setiausaha kedua di cawangan pejabat Miti di sana.
Di Doha, Qatar, rakyat Malaysia yang bekerja dengan stesen Televisyen Al-Jazeera berpangkalan di Doha juga melakukan solat hajat selain mengemas kini berita terkini mengenai pesawat yang hilang itu.
Jurutera kanan di Saluran English Al Jazeera, Mohd Zahed Abdullah berkata terdapat 24 warganegara Malaysia bekerja di stesen itu.
"Kami berkongsi kebimbangan rakyat Malaysia dan melakukan solat hajat dan kami bersimpati dengan anggota keluarga penumpang dan kru terbabit," katanya.
Masyarakat Malaysia di Doha juga turut mengadakan sembahyang hajat untuk pesawat itu yang hilang sejak enam hari lepas.
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang, hilang pada awal pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. – Bernama, 13 Mac, 2014. - The Malaysian Insider 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa