Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 14, 2014

MH370 - Raja Bomoh: Nampak Dua Kali Bodoh

Macam mana orang muda nak hormat
Adakah patut nak ajak gaduh?
Cerdik ke?

Dia berani cabar KJ sebab dia tahu KJ tidak bodoh
Mustahil KJ akan letak jawatan semata-mata untuk menyahut cabaran bodoh dari seorang yang mengaku tua berotak 'Gangrene'

Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh
Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.

Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

“Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.

Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.

“Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.

Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.

10 comments:

  1. mana mai perkataan mahaguru
    cepat rasa kuat nak tampo orang saja
    macam macam hal punca 1 kapai hilang

    ReplyDelete
  2. Menteri Umno padan lawan macam bomoh ego ni je.Sama ego dan sama2 bingung.

    ReplyDelete
  3. menteri umno padan lawan dengan orang macam ni je lah.Sama2 binggung dan sama2 ego.

    ReplyDelete
  4. tengok rupa kita pun tahu mentaliti tahap mana

    ReplyDelete
  5. Pengikut silat 500 Ribu Rupiah rupanya. Kalau aku jadi Khairy Jem, aku ajak Datuk Brahim Gila ni lawan lari satu pusingan padang bola sudah. Siapa yang terjelir lidah dahulu, maka dialah yang kalah.....

    ReplyDelete
  6. Dalam tempoh terdekat ni rasanya KJ telah dua kali dikatakan kurang ajar kepada orang yang lebih tua. Barang kali inilah imej Pemuda UMNO iaitu KURANG AJAR.

    ReplyDelete
  7. Walaupun kita tak tahu jampi serapah apa yg dia baca dlm perbomohannya, namun tingkah lakunya mencabar utk fight dgn menteri menyerlahkan sikap mahaguru silat seolah TAKABBUR. Saya bukan sokong KJ dan memang pun KJ selalu cakap lepas. Tapi pakcik ni macam hebat sangat. Ada back-up tu yg berani...

    ReplyDelete
  8. Tahun 2014 adalah tahun MELAWAT 1M'SIA.KORANG PATUT BERTERIMA KASIH PD RAJA BOMOH 1M'SIA NI SEHINGGA 1 DUNIA KENAL DAN TAHU DIMANA MALAYSIA.TAK GITU PAK JAMIL KHIR

    ReplyDelete
  9. aku rasa orgtua ni xcukup diberi makan! puak puak bn umngok 1malaysia ni nak bela anjing tapi tak diberi makan, tu yg buat hal tu!

    ReplyDelete
  10. Dah lah sebut nama pm pun tk betul..ada ke tan sri najib katanye...benggong...
    Pas tu teg line satu malaysia..ada ke katanye mahathir cakap..bodoh tk cukup akal..ada hati nak ajak orng lawan..pergi pasang gigi palsu dulu..berdebhus debhus cakap berangin keluar dari gigi ronggak tu...
    Takat nak bawa bubu....telangkup kepala orng teropong teropong..aku pun boleh laaaa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa