Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 12, 2014

MH370 - Rakit Penyelamt: MAS Dan DCA Nak Sahkan Macam Mana Dah Lepaskan Tenggelam!

Aku naik bengong bila baca apa yang KP APMM ni cakap
Logiklah sikit....
Kalau dah objek tu tenggelam di tangan APMM dan tak sampai kepada MAS dan DCA untuk dipereksa, macam mana MAS dan DCA nak buat pengesahan

Rupanya bila dah terdesak dan keadaan yang mendesak semua orang, dari menteri sehinggalah ke 'dewa-dewa' di jabatan-jabatan yang bertanggung jawab dah jadi tak keruan!

APMM tidak dapat sahkan rakit penyelamat daripada MH370, pencarian buntu
The Malaysian Insider
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak dapat mengesahkan rakit penyelamat yang dikatakan ditemui di Port Dickson adalah daripada MH370 yang hilang.
Setakat ini, APMM tidak dapat memberi sebarang komen mengenai penemuan tersebut, malah Malaysia Airlines (MAS) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) belum memberi sebarang pengesahan.
"Kami tidak menerima sebarang pengesahan daripada MAS dan DCA.
"Pengesahan perlu dibuat oleh pihak berwajib, iaitu MAS dan DCA," kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish (gambar) pada sidang media di pangkalan APMM di Pasir Puteh, hari ini.
Mohd Amdan bagaimanapun tidak menafikan APMM di Melaka melihat rakit tersebut tetapi gagal membawanya naik ke atas kapal.
"Bot yang menuju ke lokasi rakit dikatakan ditemui cuba bawa naik, tapi ia tiba-tiba tenggelam," katanya.
Usaha cuba membawa naik tersebut gagal kerana tidak mempunyai kelengkapan mencukupi dan ia terlalu berat.
"MAS sendiri perlu mengesahkan sama ada objek itu milik mereka atau tidak," katanya dan memaklumkan masih menunggu pengesahan MAS.
Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawatketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam. - 12 Mac, 2014.

3 comments:

  1. Banyak sangat si bahalol dalam pejabat kerajaan sibuk main FB makan gaji buta bila hal besar terjadi , nak bekerja betul pun sudah tak tahu.

    Melayu Melayu pulak tu.

    ReplyDelete
  2. mcm cerita kangkong jeeee

    ReplyDelete
  3. Huhuhu kerajaan ku..tembak tembak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa