Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 13, 2014

MH370 - tukar arah: Vietnam Maklumkan Malaysia Tapi Kenapa Tidak Ada Respon?

Vietnam kesan MH370 tukar arah ke barat
Kerajaan Vietnam mendedahkan bahawa pusat kawalannya mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 menukar laluan ke arah Laut Andaman pada hari Sabtu.

Timbalan menteri pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu dalam satu laporan agensi AFP menyebut, pihaknya memberitahu perkara itu kepada kerajaan Malaysia tetapi tiada makluman balas.

“Kami memaklumkan kepada Malaysia pada hari kami terputus hubungan dengan pesawat tersebut bahawa kami mengesan pesawat tersebut berpatah balik ke arah barat tetapi Malaysia tidak memberi maklum balas.

“Kami bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia sebanyak dua kali, namun sehingga kini mereka belum menjawab kepada kami,” kata Tieu. - mk


No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa