Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 17, 2014

MH370: Zaharie Sokong Anwar Menunjukkan Dia Berpijak Kepada Realiti," - Pengarang Slate.Com

Maknanya 54 peratus rakyat Malaysia yang menyokong Najib dan BN tidak berpijak kepada realiti - Itu kalau nak diikutkan persepsi wartawan ni lah.....
Jadi dalam mimpikah mereka?

Juruterbang sokong Anwar bukti beliau berpegang kepada realiti, kata wartawan Amerika
MARCH 17, 2014
Wartawan kanan Amerika Syarikat (AS) menyelar cubaan kerajaan Malaysia mengaitkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan seteru politiknya apabila mendapati juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah penyokong pembangkang.
Akhbar tabloid Britain, Daily Mail semalam menggambarkan Zaharie sebagai penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memetik sumber rasmi Malaysia yang sedang menyiasat latar belakang politik juruterbang itu.
Namun, pengarang hubungan luar majalah isu semasa AS, Slate.com, William J Dobson, berkata meskipun Zaharie merupakan penyokong Anwar namun tuduhan beliau menjadi dalang kehilangan pesawat perlu dihentikan.
"Apa jua yang berlaku kepada pesawat MH370, sokongan Zaharie terhadap Anwar menunjukkan dia berpijak kepada realiti," katanya.
Sebelum ini akhbar Daily Mail turut menggambarkan Zaharie penyokong fanatik Anwar.
"Penyokong fanatik Anwar Ibrahim, bunyinya menggerunkan," katanya mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam tuduhan meliwat.
7 Mac lalu, Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Anwar.
Dobson yang beberapa kali pernah menemubual Anwar berkata, sebilangan rakyat Malaysia melihat pertuduhan liwat Anwar secara serius.
"Anwar cuba menumbangkan kerajaan rejim autoritarian melalui pilihan raya dan bukan melalui keganasan. Maka juruterbang MH370 merupakan penyokong fanatik ketenangan dan menyokong pluralisasi dan demokrasi di Malaysia," katanya.
Dobson juga menggambarkan pihak berkuasa Malaysia melakukan siasatan dengan cara rasuah, nepotisme berlarutan selain mengumpul harta dan kekal berkuasa.
"Kenyataan tentang politik Malaysia: Meskipun segalanya kembali kepada Anwar. Lebih lama siasatan lemah dan meraba-raba terhadap MH370, semakin meletus pemimpin pembangkang negara demokrasi," katanya. - 17 Mac, 2014. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa