Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 11, 2014

Seram - MH370: Ada Deringan Telefon, Akaun Online Aktif!

Kalau dah akaun online aktif kenapa tak tanya di mana mereka?
Kalau korang ahli keluarga mangsa, apa yang korang akan fikir?

Telefon penumpang MH370 ada deringan, akaun online aktif, dakwa keluarga
Saudara kepada penumpang dalam pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media.
Washington Post berkata, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.
“Dalam sebahagian kes lain, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan Cina digelar QQ,” lapor Post.
Perkembangan yang menyeramkan itu timbul dan pihak berkuasa Malaysia juga menggambarkan kehilangan MH370 sebagai misteri.
Seorang lelaki memberitahu Washington Post bahawa akaun QQ abang iparnya menunjukkan bahawa beliau sedang online. – 11 Mac, 2014.- sumber

1 comment:

  1. sobar berdoa bertawaqal berusaha jika dizinkan oleh Allah akan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa