Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 22, 2014

Mesyuarat PR: Adakah Hanya Khalid Saja Yang Faham Isu Pokok?

Nak kata semua geng sokong Hadi itu bodoh memang tak munasabah sebab ramai juga yang educated
Maknanya adakah saja buat-buat tak faham untuk manipulasi isu bagi mempertahankan Hadi?
Orang ramai yang mendengar dan melihat yang menilai dan menjadi hakim nanti
Bagi kedudukan Hadi pula bukan orang luar yang menentukannya tetapi ianya terletak di tangan Ahli-Ahli PAS saja yang berhak sepenuhnya

Khalid Samad: Ketidakhadiran Hadi bukan isu sebenar
 | November 21, 2014
Isu sebenar yang menjadikan DAP kurang senang adalah apabila Hadi menggunakan 'veto' sebagai Presiden PAS bagi menolak keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PR
Tuan Guru Haji Hadi (TGHH)PETALING JAYA: Usaha DAP mewajibkan Hadi Awang hadir di mesyuarat majlis Presiden PR mendapat liputan meluas media kebelakangan ini. DAP berusaha habis-habisan untuk memastikan kehadiran Hadi sehingga meluluskan satu resolusi dalam mesyuarat Pusat mereka dengan menyatakan bahawa mesyuarat majlis Presiden PR akan hanya dijalankan dengan kehadiran pemimpin tertinggi PAS tersebut.
“Apa masalah sebenarnya? Kenapa tiba-tiba persoalan kehadiran Hadi dijadikan isu besar?” demikian persoalan yang dilontarkan oleh Khalid Samad melalui coretan terkini di dalam blognya hari ini.
Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam juga menyatakan bahawa isu tersebut menjadi lebih parah apabila Hadi digambarkan seolah-olah memberi jawapan ‘angkuh’ apabila diminta memberi respon terhadap usaha mewajibkan kehadiran beliau di mesyuarat Majlis Presiden.
Menurut Khalid yang ada bersama Hadi sewaktu pemimpin tersebut diajukan soalan berkenaan berkata, Hadi menggunakan nada berseloroh ketika menyuarakan bahawa “terpulang pada sayalah sama ada akan hadir atau sebaliknya,”. Tidak timbul isu Hadi angkuh seperti yang digambarkan oleh media.
“Sebenarnya mesyuarat Majlis Presiden PR telah berlangsung selama enam tahun tanpa apa-apa masalah, sama ada dengan atau tanpa kehadiran Hadi. Ini kali pertama sepanjang sejarah mesyuarat Majlis Presiden, keputusan mesyuarat yang dihadiri wakil sah semua parti disanggah selepas mesyuarat. Ia tidak sepatutnya berlaku, saya rasa ianya tidak perlu diperbesar-besarkan,” ujar beliau yang menjelaskan bahawa ketidakhadiran Hadi tidak menjadi masalah kerana PAS akan diwakili oleh pimpinan utama lain. Begitu juga dengan pimpinan DAP dan PKR.
Menurut Khalid, isu tersebut timbul bukan atas sebab ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat Majlis Presiden sebaliknya kerana keputusan yang dipersetujui oleh wakil-wakil PAS dalam mesyuarat itu telah kemudiannya ditukar dan ditolak oleh Hadi sebagai Presiden PAS.
Beliau menjelaskan, ia berhubung pencalonan Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal PR selepas Azmin Ali yang merupakan calon kedua dalam senarai calon PAS telah memberi laluan kepada Wan Azizah. Persetujuan perwakilan PAS seramai sembilan orang, termasuk Timbalan Presiden, barisan Naib Presiden, SUA dan lain-lain, untuk memperakui Wan Azizah sebagai satu-satunya calon jawatan MB Selangor setelah Azmin memberi laluan telah ditolak oleh Hadi. Penolakan ini dimaklumkan selepas mesyuarat berkenaan membuat keputusan. Itulah punca sebenar yang menghasilkan usul yang agak kontroversi itu.
Khalid menegaskan penyelesaiannya bukanlah dengan mensyaratkan kehadiran mana-mana pimpinan sebaliknya adalah untuk menentukan bahawa keputusan mesyuarat dan hasil dari perbincangan wakil-wakil sah setiap parti, perlu dihormati dan tidak diubah selepas mesyuarat memutuskan sesuatu secara konsensus.
Oleh itu, tegasnya, adalah lebih baik dan munasabah untuk semua pihak menentukan wakil-wakil sah diberi mandat yang jelas berhubung sebarang isu yang ingin dibincangkan pada sesuatu mesyuarat itu. Dalam erti kata lain, wakil perlu diberitahu sama ada mereka boleh menukar keputusan parti sendiri dalam proses perbahasan dan sekiranya boleh diubah, sejauh mana, di mana hadnya. Walaupun diakui bahawa kata sepakat dalam semua hal adalah yang terbaik, sekiranya tidak mungkin, maka adalah lebih baik ianya diperakui dan dikatakan‘agree to disagree’.”
“Semestinya ada kommitmen setiap parti untuk tidak merombak sebarang keputusan yang dibuat. Sekiranya kita boleh bersetuju bahawa mengubah-ubah keputusan setelah ianya diputuskan adalah satu ‘taboo’ atau ‘pantang larang’ dalam amalan kebersamaan yang telah terjalin, maka PR akan mempunyai masa depan yang cemerlang,” tegas beliau.

2 comments:

  1. Hadi dan per mainan Bahalol nya.

    Apa kah keuntungan pada PAS dengan per mainan Hadi ini ?

    Tiada lansung.

    ReplyDelete
  2. Abe

    YB Khalid Samad hanya cuba defend the undefensible. Beliau cuba memberi alasan bahawa itu kali pertama TGHH veto 9 orang wakil PAS yang mewakilinya di dalam mesyuarat penting majlis presiden PR pada 17 ogos 2014 itu.

    Pertama, wakil dia ke mesyuarat tersebut 9 orang dari JKPP yang diketuai ol3h Mat Sabu.Mustafa Ali pun hadir. Tak masuk akal keputusan 9 dari 22 orang yang dipilih oleh muktamar itu tak boleh pakai. Tak masuk akal

    Kedua mesyuarat itu amat penting kepada PR kerana semua pihak hanya menunggu hasil mesyuarat JKPP untuk mencari jalan untuk menamatkan krisis MB Selangor.

    Mesyuarat MPP diadakan selepas mesyuarat JKPP kerana untuk memastikan TGHH hadir sendiri untuk membuat keputusan penting ini. Kedua-dua mesyuarat tersebut p3nting.

    Apa alasan lagi h3ndak bagi untuk menutup kegagalan TGHH hadir ke mesyuarat penting itu? Saya percaya jika TGHH meminta mesyuarat MPP itu diadakan di ibupejabat PAS pun, selepas mesyuarat JKPP pun tidak akan ada bantahan dari PKR dan DAP!

    Itu bab tak ada alasan langsungpun untuk membela ketidakhadiran TGHH. Bagaimana pula dengan tindakan2 beliau semasa kriisis tersebut yang melanggar semua perkara?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa