Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 27, 2014

Hubungan dengan CMS: Ini Kata Taib Mahmud

Saya tiada hubungan dengan CMS sepanjang hidup saya, kata Taib
Published: 27 November 2014 - TMI
Tun Abdul Taib Mahmud berkata tidak pernah berkaitan dengan Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS), namun gembira dengan perkembangannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.

Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) tidak pernah mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan kerajaan negeri dalam usaha menjadi entiti perniagaan yang berjaya, kata Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semalam.

Beliau berkata semasa menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan CMS sepanjang kehidupannya sehingga sekarang, dan berpuas hati pengurusan syarikat memahami sebab beliau berbuat demikian.

"Saya tidak mahu sebarang konflik antara kepentingan peribadi saya dan tugas saya sebagai ketua menteri sebelum ini," kata beliau ketika berucap pada majlis jamuan meraikan ulang tahun ke-40 CMS semalam.

Taib yang berundur daripada jawatan sebagai ketua menteri pada akhir Februari lepas, gembira di sebalik pendiriannya, CMS yang bermula sebagai syarikat pengeluar simen berkembang menjadi syarikat tersenarai awam yang berjaya.

"Terpulang kepada CMS membuat keputusan sekarang kerana ia bertapak kukuh dan jika ia mahu mempelbagaikan aktiviti, saya berharap ia akan lakukan dalam kepelbagaian juga seperti dilakukan dalam teras perniagaan hari ini," kata beliau. – Bernama, 27 November, 2014.
Info CMS Board of Directors di sini

1 comment:

  1. Dah kaya raya dan dah jadi TYT baru nak kata tak ada apa-apa hubungan dengan CMS...Binawe punya Taib....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa