Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 26, 2014

Bila Dah Sebati: Macam Mana Nak Ubah Agaknya?

Seruan terakhir pada Umno: Berubah atau mati
mk - 10:32PM - 25 Nov 2014

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Umno supaya melakukan perubahan drastik dari sudut pendekatan dan gerak kerja jika ingin terus relevan pada masa akan datang.

Timbalan perdana menteri Umno itu turut menyeru supaya citra Umno secocok dengan jiwa anak muda dan profesional Melayu serta generasi muda di kota dan desa jika ingin melihat parti itu menjadi parti masa depan.

Malah, katanya, Umno perlu merealisasikan langkah peremajaan Umno dengan memberi peluang tenaga muda yang berkebolehan dan berkelayakan dan menyeru pemimpin lama memberi peluang kepada orang muda dan berundur jika menjadi liabiliti kepada parti.

"Ini adalah seruan terakhir untuk Umno. Do or be dead! Jangan letak kepentingan diri melebihi kepentingan parti.

"Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan pemimpin Umno di semua peringkat, jika kita menjadi batu penghalang kepada peremajaan parti, maka kita mesti berundur secara terhormat.

"Parti kita mesti kekal relevan supaya bangsa Melayu terus terbela. Diri kita tidak penting. Yang penting ialah bangsa Melayu dan Umno.

"Ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada dalam dirinya," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Ra’du ayat 11.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Merekayasa Perubahan Mendepani Zaman" di Dewan Merdeka di PWTC malam ini.

Jangan tangguh pemilihan

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin berkata Umno tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku sebaliknya menggesa ahli merekayasa perubahan.

Justeru itu, katanya, adalah wajar untuk Umno untuk mempertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak perlembagaan parti dan tidak ditangguhkan selepas pilihan raya umum seperti yang dibuat sebelum ini.

"Saya juga mencadangkan pindaan Perlembagaan Umno diadakan tahun depan dengan memperuntukkan pindaan yang sesuai untuk membolehkan barisan pelapis muda menyumbang peranan dan khidmat bakti yang lebih besar kepada Umno.

"Saya percaya Umno tidak akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan. Pemimpin Umno tentunya cukup matang untuk menghadapinya.

"Saya sendiri akan sentiasa berdiri bersama-sama YAB Presiden untuk merealisasikan perubahan dan peremajaan parti kita," katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan supaya perwakilan tidak lupa akan seruan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak pada 2008 yang menuntut agar kita berubah untuk kepentingan rakyat.

Muhyiddin turut memetik kata-kata Najib antara lain meminta anggota Umno “berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah, mesra, mementingkan rakyat, rajin kerja, suka berkhidmat jika tidak berdepan dengan "rebah”.

"Soalnya, apakah kita mengambil serius gesaan YAB Presiden ini? Atau, adakah ia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri?" soal Muhyiddin.

3 comments:

  1. Abe

    UMNO Baru nak berubah? Berubah jika susah terpesong dari landasan asal. UMNO Baru masih dilandasan asal seperti yang digarab semasa Mahathir sewaktu dia menubuhkan UMNO Baru setelah dia memastikan UMNO betul2 mati buat selamanya.

    UMNO Baru ditubuh untuk memastikan Mahathir atau sesiapa yang menjadi Presidennya terus berkuasa walau aoapun terjadi. Ia adalah vehicle khas untuk tujuan ini. Tujuan sebenarnya ialah supaya Presiden UMNO Baru dapat mengekalkan kuasa sebagai PM . Jadi kekal jadi Presiden UMNO Baru tanpa dicabar bermakna jadi PM pun tak akan dicabar.

    Sebenarnya aoa yang diamal oleh Mahathir selama 22 tahun, itulah yang diamal oleh Najib sekarang. Tak pernah berubah pun.

    Cuma cara nampak lain kerana apa yang kita lihat di zaman Mahathir itu kerana UMNO Baru masih didalam keadaan bertatih.

    Apa yang Najib buat sekarang, masih benda sama tetapi dizaman UMNO Baru dah dewasa. 26 tahun umur UMNO Baru sekarang. Bukan zaman bertatih lagi seperti zaman Mahathir.

    Jadi seruan Najib supaya UMNO Baru berubah atau pupus hanyalah SOP yang digarab oleh Mahathir dulu untuk mengugut orang melayu agar terus menyerah tengkok mereka untuk disrmbelih oleh pemimpin2 UMNO sejak 26 tahun dulu.

    Jangan terpedaya!

    ReplyDelete
  2. Aku ikut UMNo lama dah. Tentang perjuangan untuk selamatkan melayu dan Islam dah selalu dengar dr mereka. Tapi hakikatnya melayu dan Islam semakin lemah. Yg kuat dan kaya ialah pemimpin UMNO kerana mereka kaut kekayaan atas nama nak selamatkan melayu. Bab berbohong dan fitnah memang UMNO adalah juara, w/pun mereka menafikan. Namum orang ramai terus memperkatakannya, malah sekarang dah merebak keluar negara. Hanya satu cara menyelamatkan melayu dan Islam, UMNo harus merasakan bahawa mereka tdk releven dlm perjuangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:58

      Kita akan lebih jelas jika kita menyusuri sejarah pertandingan jawatan Presiden UMNO 1987, pengharaman UMNO , peristiwa disekitar penubuhan UMNO Baru, Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa menteri dalam negeri dibawah Akta Pertubuhan 1966 mengenai bab menghidupkan semula pertubuhan yang dibatalkan pendaftaran dibawah akta ini.

      Bagi sesiapa yang sudah dewasa masa itu dan mengambil tahu apa yang berlaku, tidak sukar untuk membezakan antara UMNO dan UMNO Baru.Akhbar Utusan Malaysia, BH, NST, Star dan lain-lain akhbar perdana banyak melaporkan peristiwa-peristiwa ters3but.

      Bila menilai kemajuan orang melayu kita perlu melihat kejayaan dan kegagalan perjuangan UMNO dan UMNO Baru s3cara berasingan. Kerana asas dan sejarah penubuhannya berbeza.Tujuan penubuhan keduanya juga berbeza. Malah UMNO masih boleh diselamatkan dibawah akta pertubuhan 1966 sebagaimana Pak Lah telah meny3lamatkan SNAP tahun 2003 dulu menggunakan kuasa menteri dalam negeri.

      Terima kasih atas komen tuan.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa