Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 26, 2014

Sebab Orang Muda Sokong Pembangkang

Sebenarnya bukan saja mereka diberi peluang tetapi 
Anak muda yang sokong parti lawan kerana mereka punya minda yang terbuka
Mereka lebih kritis bukan jenis 'Pok kor angguk'
Dapat upah angguk, minta upah pun angguk!
Ya pun angguk, tidak pun angguk......

'Mengapa orang muda sokong parti lawan'
mk - 11:00AM - 26 Nov 2014
Anak muda menyokong parti lawan kerana mereka dilihat memberi peluang kepada orang muda, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Lebih membimbangkan ada pula yang masuk parti cauvinis itu? Jawapannya mudah, sebab parti lawan dilihat beri peluang pada orang muda.

"Setahun jagung, dah boleh jadi calon. Kalau kita tengok di Dewan Rakyat muka-muka muda lebih ramai di belah sana berbanding dengan kita. 

"Keadaan ini membentuk persepsi bahawa parti lawan lebih terbuka untuk angkat orang muda," tegas Khairy dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC hari ini.

"Kalau belah lawan begitu rentaknya, mana wow factor kita? Tak cukupkah cerdik pandai, orator hebat, pendebat ulung di kalangan orang muda dalam Umno untuk diangkat? 

"Atau kita masih lagi melihat orang muda sebagai budak suruhan penaik bendera, mengusung pengundi dengan motor setiap kali pilihan raya? 50 tahun dulu mungkin, tapi dunia dan perabadan sudah jauh berubah," tambahnya. 

Khairy mengingatkan "kalau kita tak berubah, alamatnya kita akan ‘diubah’ dengan kuasa peti undi orang muda."

Menurutnya lagi, Umno sebenarnya parti orang muda di mana suatu ketika dulu barisan pimpinannya sarat dengan tenaga muda di peringkat tertinggi. 

Beliau memberi contoh Tan Sri Rais Yatim jadi menteri besar Negeri Sembilan di usia 36 tahun. Manakala Tan Sri Shahrir Samad pula menjadi timbalan menteri di usia 31 tahun dan menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada umur 34 tahun;

"Tan Sri Isa Samad jadi menteri besar Negeri Sembilan pada usia 33 tahun; Tan Sri Rahim Tamby Chik pun sama, jadi Ketua Menteri Melaka di usia 32 tahun. 

"Tun Musa Hitam jadi pemangku setiausaha agung Umno di umur 32 tahun, jadi menteri kabinet bila masuk 40;

Tan Sri Annuar Musa, di usia 34 tahun, sudah jadi menteri kabinet; 

"Tengku Razaleigh Hamzah Pengerusi Petronas umur 35 tahun, menteri kewangan 39. 

 "Begitu juga dengan bapa kepada Presiden kita, Allahyarham Tun Razak yang diangkat jadi menteri besar Pahang pada umur 33 tahun, jadi Timbalan Perdana Menteri usia 35 tahun," katanya.

Sayang, tegas Khairy, Umno kini telah membelakangi masa di mana hanya beliau seorang sahaja – Ketua Pemuda Umno Malaysia – satu-satunya menteri kabinet di bawah usia 40 tahun. 

"Saya tak mahu begitu, tak boleh saya seorang sahaja yang lepas – itupun baru lepas – saya mahu saudara-saudara dan ramai lagi orang muda sebaya kita ada bersama saya! Barulah ada transformasi," tegasnya. 

Tegasnya, itu bukan bermaksud tamak mengejar pangkat dan kedudukan, "namun kita tidak boleh menafikan peralihan generasi dan anjakan demografi yang sedang berlaku di hadapan mata kita. 

"Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. Tunggu apa lagi kongsilah kemudi itu dengan kami orang muda.

"Segerakan gandingan orang berpengalaman dengan anak muda untuk menentukan kegemilangan bangsa. Kami mahu suara orang muda di segenap ceruk pimpinan negara.

Pemuda di Dewan Rakyat, Pemuda di Dewan Undangan Negeri, Pemuda dalam GLC, Pemuda jadi Timbalan Menteri dan lebih ramai Pemuda jadi Menteri!" tegasnya.

7 comments:

  1. Abe

    Makna Peluang dan jawatan parti didalam parti UMNO Baru mempunyai makna dan matlamat lain dari makna peluang dan jawatan parti didalam parti-parti pembangkang.

    Didalam UMNO Baru, peluang dan jawatan parti merupakan anak kunci untuk menjadi kaya. Sebab itu ketua cawangan lebih berpeluang untuk kaya dari ahli cawangan. Ketua Bahagian berpeluang untuk lebih kaya dari ketua cawangan. Begitulah hiraki skim cepat kaya yang ditaja oleh UMNO Baru.

    Didalam parti pembangkang, skim ini takde lagi buat masa ini walaupun mereka memerintah 3 negeri. Yang ada hanya peluang untuk menyusahkan diri sahaja. Tengok Rafizi, Tony Pua, Khalid Samad, Anwar. Semua mereka sedang berhadapan dengan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948. Kalau kita ambil Anwar lagi teruk. Dia diburu oleh UMNO Baru seperti anjing sejak 16 tahun dulu.

    Jadi, sebenarnya KJBsudah tahu jawapan kepada ucapannya. Jika peluang dan jawatan di dalam UMNO itu jalan untuk mendapat kekayaan, siapakah mahu melepas peluang dan jawatan yang ada ditangan? Bodohlah orang itu.

    Yang hebatnya skim cepat kaya UMNO Baru ini, kalau diminta berhenti pun masih diberi kekayaan dan talian kekayaan! Lihat Syed Hamid Alba, Dr Yusuf Noor Fuad Zarkasi dll. Yang menyalak kuat sekarang hanya mereka yang dipencenkan tanpa habuan seperti Zainudin Maidin dan sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
  2. Betolllllll... Rosma patot da pencen & jaga cucu. Dia dah masuk kategori warga tua dahhhh

    ReplyDelete
  3. UMNO untuk orang orang Bahalol , otak kechik yang ber nafsu besar.

    Cara nak ber jaya ber gaya dalam UMNO ialah mentedarah harta rajyat senyap senyap juga terang menderang.

    Orang orang yang otak waras dan takutan azab kubur tidak akan ber sekutu dengan lahanat lahanat untuk menongkat langit.

    malang nya jutaan orang orang Melayu masih bahalol dan ber sekutu dengan lahanat menganiaya bangsa dan negara.

    hidup hidup mereka tidak berkat , malah tak ubah anjing anjing jalanan. Tetapi mereka tidak sedar , sesungguhnya perancangan ALLAH SWT adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Nak wat camna...Tua2 kutuk dlm UMNO semua ada pegang rahsia Najib. Najib terpaksa lantik semua tua2 kutuk jadi MP dan Adun serta Menteri2. Pastu situa kutuk ni semua memang lulus dlm hal bodek membodek sampai salam sedut tangan Najib dan Rosmah. Syarat jadi menteri dikabinet Najib tak perlu bijak dlm mentadbir tapi cukup cuma bijak mengampu dan bijak menyimpan rahsia Najib, Rosmah.

    ReplyDelete
  5. Kalau nak cuci semua dosa para pemimpin UMNO yang mengkhianati amanah serta kepercayaan rakyat terhadap mereka, rasanya dibadai ombak tsunami sebanyak 3 kali hingga menengelamkan menara KLCC sekalipun masih belum cukup lagi keampunan rakyat terhadap UMNO. Kemusnahan yang dilakukan oleh UMNO dan pemimpin munafik mereka terlalu besar dan pastinya parti mana sekalipun yang mengambil alih sebagai pemerintah di negara ini pastinya amat sukar untuk membetulkan segala kerosakan dan kemusnahan dari segi modal insan, sosial, agama dan ekonomi. Percayalah bahawasanya negara ini akan menjadi liability kepada seluruh rakyatnya dan Bangsa Melayu akan menjadi seperti rakyat Zimbabwe atau Somalia sekiranya UMNO masih diberi mandat untuk memperkudakan bangsa Melayu yang bodoh lagi sukar untuk berubah atau berhijrah.

    ReplyDelete
  6. Hello There. I discovered your weblog the use of msn.
    That is an extremely smartly written article. I'll be sure to bookmark it
    and come back to read more plenty of fish dating site of free dating your useful info.
    Thank you for the post. I will certainly
    comeback.

    ReplyDelete
  7. This paragraph will help the internet people for setting up new web
    plenty of fish dating site of free dating or even a blog
    from start to end.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa