Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 27, 2014

Tahaluf siyasi: Kalau Mengaku Begini, Baguslah Tapi Jangan Esok Bernada Lain Pulak!

Dari apa yang berlaku dengan rentetan peristiwa yang berliku, aku dah naik was-was dengan puak-puak ni

PAS tidak pernah rugi dengan tahaluf siyasi, kata naib presiden 
Published: 27 November 2014 - TMI
Walaupun dengan persepsi orang ramai PAS mahu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat, naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti tidak pernah kerugian dengan tahaluf siyasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.

Ketika sesetengah pihak dalam PAS mahu kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) dikaji, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah rugi ketika berbuat demikian dan akan kekal bersama PR.
"Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tidak pernah rugi. Tahaluf dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan (hingga sekarang), tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor," kata Tuan Ibrahim dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.
Beliau juga berkata, tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia.
"Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain," katanya.

Katanya, kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, meningkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara, kerana pada masa itu Datuk Asri (Muda) menjadi Menteri Tanah.
"Ini sekaligus meningkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda," kata Tuan Ibrahim yang pernah menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang pada 1999, satu kawasan yang penuh dengan peserta Felda.
Sesetengah kumpulan dalam PAS sekarang banyak menyerang rakan-rakannya dalam PR sehingga menimbulkan persepsi parti Islam itu mahu keluar atau ditendang keluar dari gabungan itu.
Begitu juga rakan-rakan PAS dalam PR, terutamanya DAP yang sentiasa menyerang dan menyindir pimpinan PAS seolah-olah mahu PAS meninggalkan gabungan itu.
Yang terbaru, DAP mengambil keputusan mencalonkan wakilnya dalam Dewan Negeri Selangor untuk dilantik sebagai timbalan speaker sedangkan sudah diputuskan ia akan dilantik di kalangan wakil rakyat PAS.
Ketika menjelaskan tindakan itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim menjelaskan ia mesej DAP kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan Harakah itu menegaskan, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan yang bertahaluf dengannya.
"Cuma pihak musuh, Umno-BN sahaja yang kata sebaliknya untuk melagakan kita, termasuk dengan Pakatan Rakyat sekarang," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, terutama dalam PAS agar "ia dihadapi dengan baik kerana setiap tahaluf yang kita buat berjaya membantu kita dalam usaha menegakkan Islam."
Beliau memberikan justifikasi sendiri terhadap pihak dalam PAS yang mahu keluar dari PR.
"Perjuangan kita dalam PAS ini adalah untuk membawa amanah perjuangan Islam. Perjuangan kita dalam PAS ikut amanah Islam dalam politik. Kita mahu menang pun kerana untuk membawa amanah Islam. Mereka bimbang mesej amanah itu tidak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat. Itulah sebab mereka berpandangan sedemikian," kata Tuan Ibrahim.
Tetapi realitinya, kata beliau, politik di Malaysia ini, rakyat mahu perubahan besar.
"Jika hanya dengan satu parti sahaja, kita tidak boleh tukar kerajaan. Umno pun jika Umno sahaja tidak boleh menang atau tidak boleh perintah negara. Itulah sebabnya Umno pun perlu bekerjasama dengan parti-parti lain, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti lain dalam BN. 
"Jadi dari segi realiti politik, kita kena kekal bersama Pakatan Rakyat," katanya.
Menurut beliau, PAS kena membawa amanah untuk mengangkat martabat Islam bersama Pakatan Rakyat.
"Jika bersama Pakatan Rakyat, kita ada ruang dakwah kepada orang bukan Islam. Kalau kita keluar Pakatan Rakyat, kita bimbang akan balik kepada keadaan lama iaitu susah untuk kita dekati non Muslim, malah masyarakat non Muslim menjadi makin jauh dengan Islam. Jadi sekarang, ia bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita dalam dakwah," tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang itu. – 27 November, 2014.

6 comments:

  1. Abe

    Ini orang cakap pusing-pusing. Jenis lalang juga. Kalau ada untung kiri, lentok ke kiri. Kalau 7ntung kekanan, lentok ke kanan.

    Mana cerita larangan keatas ahli PAS Pahang menyertai aktiviti PasMa tempohari. Bila hasil pe4bincangan JKKP dengan PasMa m3mbuahkan hasil positif, member sudah koner baring heret cuping telinga atas minyak tar!

    Ish...ish...ish. Nak lagi rasa lagi mual tunggu Nik Abduh dan Tantawi Vellfire atau At Takiri bukak mulut nanti.

    ReplyDelete
  2. dlm baik sempat gak menipu. pas tak pernah khianat? letak calon kat tganu dan Selangor tu tak kira khianat ke?

    dap hanya menurut sunnah pas bila meletakkan calon timb speaker wlpn telah dipersetujui ianya utk pas. jgn komplen. mu buat kat org boleh. org buat kat mu tak boleh!?

    whats comes around comes around!

    ReplyDelete
  3. Dengar boleh percaya jangan. Kalau puak-puak Gila nak berkereta mewah ini, kita beri tempoh 3 hari sahaja, beliau akan buat U-Turn dan kenyataan beliau akan jadi sebaliknya dari kenyataan beliau pada hari ini. Lebih baik lagi kita dengar kenyataan dari mulut "Yahudi Mabuk" dari mendengar "Lebai Melayu Munafik" ini kerana ianya lebih merbahaya (hampir dengan kita) seperti musuh dalam selimut dari Yahudi yang jauh di Teluk.

    ReplyDelete
  4. Tuan ni buat kenyataan dalam keadaan mamai,baru bangun tidur.Selepas benar2 sedar dia akan korner baring.buat U turn lagi selepas TGHH dan TGNA bagi amaran.Macama monkey shooter cakaplah.Dengar bolih le,percaya tak payah,Kita tak athu mengapa tiba-tiba Tuan Man ni buta kenyataan demikan ,mungkin nak menutup pemikiran orang yang tertumpu pada ajakan dan pelawaan Umno serta cadangan daripada bekas sampah baru2 ni

    ReplyDelete
  5. Royat ko geng2 penjilat UG tu
    Abduh zawawi amar din vellfire satiful bahari dn ramai lg tu

    ReplyDelete
  6. Awas belitan ANACONDA di dalam semak... UG suka membelit... lain orang lain cakap... lain yang dia sampaikan pada orang bawah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa