Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 29, 2014

BN Pun Bertelagah Juga!

Pemimpin BN jangan biadab, kurang ajar
 | November 29, 2014
Keputusan Perdana Menteri kekalkan Akta Hasutan 1948 perlu dihormati
Syed Ali AlhabsheePETALING JAYA : Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak biadap atau kurang ajar malah hendaklah menghormati UMNO sebagai sebuah parti induk Barisan Nasional (BN) dalam meluahkan sebarang kenyataan termasuk Akta Hasutan 1948.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, berkata sebarang perkara yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa ucapan Dasar Presiden UMNO pada perhimpunan agung parti itu 27 November berkaitan pengekalan Akta Hasutan 1948 perlu dihormati oleh semua pihak termasuk para pemimpin parti komponen.
Beliau turut meluahkan rasa kesalnya dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dalam sebuah portal berita yang bertajuk, ‘UMNO Decides everything? MCA also not consulted on retention of Sedition’ (UMNO memutuskan segala-galanya, MCA juga tidak dipanggil berunding mengenai pengekalan akta hasutan).
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang diumumkan Najib belum muktamad dan belum dibincangkan serta disahkan dalam mesyuarat kabinet.
“Seharusnya Wee Ka Siong lebih berhati-hati dalam melemparkan sebarang kenyataan (yang) boleh disalah tafsir oleh mana-mana pihak terutamanya parti lawan. Kalaupun UMNO mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948, bukan hanya menguntungkan parti ini semata-mata malah mampu menjamin keamanan, perpaduan dan keharmonian 28 juta rakyat pelbagai kaum di Malaysia,” tegas beliau.
Melalui entri terbarunya umnobahagiancheras.blogspot. beliau berkata, keputusan yang dibuat Perdana Menteri semasa ucapan dasar Presiden UMNO Khamis lalu sudah tentu mengambil kira pandangan semua pihak. Semuanya dilakukan demi kebaikan dalam memastikan negara kekal stabil selama-lamanya.
Syed Ali yang merupakan Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan berkata, sekarang adalah masa kritikal kepada BN kerana masih belum mendapat kepercayaan dan keyakinan masyarakat Cina berbanding Melayu yang terus teguh di bawah BN.
Tambahnya, kini tinggal lebih kurang tiga tahun lagi sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14), namun beliau melihat MCA masih belum melakukan sebarang gerak kerja untuk menarik sokongan masyarakat Cina kepada BN.
“Sebagai Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong sewajarnya tidak mencari salah parti komponen, terutamanya UMNO kerana parti itu mengetahui peranan dan tanggungjawab dalam menjaga kerukunan serta perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini,” ujar beliau.
“Kalau dia (Wee Ka Siong) rasa hebat sangat tegurlah DAP dan Pakatan Rakyat. Buat apa mahu cari pasal dengan UMNO? Cukup-cukuplah Wee Ka Siong membawa ‘suara DAP’ dalam BN. Jangan ditambah keruh lagi dengan isu-isu lain. MCA sendiri bermasalah mahu cipta masalah lagi dalam UMNO dan BN,” katanya lagi.
Syed Ali turut mengingatkan Wee Ka Siong bahawa UMNO tidak kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) sebaliknya MCA telah ditolak oleh masyarakat Cina dalam pilihan raya itu kerana gagal memperjuangkan isu pembelaan kaum tersebut.
Beliau juga mahu Wee Ka Siong menarik semula kenyataannya yang disifatkan fitnah dan meminta maaf kepada UMNO.

2 comments:

  1. 'sudah tentu mengambil kira pandangan semua pihak'

    isa & eo macamana pulak?

    ReplyDelete
  2. Bebudak lain nak kaya free jugak , mentedarah sorang susah lah. Jadi ketua tak boleh tamak , bahalol tak apa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa