Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 24, 2014

Video: Kemalangan Maut. Putus Kaki

Konvoi berakhir tragedi
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein - 23 Nov. 2014

Johor Bahru: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah kereta di Kilometer 61.5 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Kluang di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa Suhaizim Mohamed Noor, 34, sedang berkonvoi dari Johor Bahru menuju ke Ayer Hitam sebelum melanggar sebuah kereta dan terbabas ke pembahagi jalan.

Mangsa yang menunggang motosikal Ducati Monster 795 dilaporkan tercampak dan putus tangan serta pergelangan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kereta yang terbabit dalam kemalangan itu terus memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum beredar membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari mengesahkan kejadian terbabit. - Gambar ada di link di bawah




5 comments:

  1. sekarang tahun 2014 telah mula trend mati dengan motorsikal besar dalam konvoi konvoi dan bangga mencari mati dalam keadaan hina ini.

    bergaya gaya dengan motor besar harga tak seberapa , berbanding kereta honda civic atau pun volkswagen polo tetapi bangga memecut tanpa memikir kan penguna jalanraya yang lain.

    akibat pendidikan bahalol di sekolah juga universiti , rata rata penguna miotorsikal besar gagal mengunakan otak memikirkan common sense dan nafsu.

    sedihnya , 99% adalah orang orang melayu pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Anon 11:36 PM

    Saya sendiri pun selalu bertembung dengan konvoi mereka ni ketika membuat perjalanan jauh dan memang mereka-mereka ini seolah raja di jalan raya atau lebuh raya.

    Kalau motor kecil dikatakan merempit tapi motor besar dipanggil apa?

    Bukan dengki tapi itu adalah hakikat!

    ReplyDelete
  3. Anak anak melayu tu , dah tua pulak tapi tak ber tanggung jawab.

    Yang sedih ansk bini sapa nak jaga bila dah mati.

    ReplyDelete
  4. Ada kenalan saya di Kedah yang memiliki superbike... dia boleh hentam tunggang dari Sungai Petani ke KL dalam tempoh 3 jam sahaja... jadi boleh agak sahajalah jika 1 saat kesilapan... kesan yang bagaimana bakal dialami dia dan pengguna jalan raya yang lain.

    ReplyDelete
  5. Nombor plet motor langsung tak kelihatan manakala nombor plet dan tinted kereta pula tidak ikut spec JPJ. Kereta itu juga menggunakan lampu HID dan masih belum bayar tol, tidak spt penunggang motor yg dikecualikan dari membayar tol.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa