Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 23, 2014

Penghujahan Akhir Kes Saman Fitnah Hadi

7 Disember ini penghujahan akhir kes saman fitnah Abdul Hadi
Kosmo - 23/11/2014 12:52pm
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 Disember ini bagi penghujahan akhir permohonan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd. Shamsul Mat Amin.
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu berikutan kegagalan kali kedua pihak plaintif mengemukakan seorang lagi saksi daripada akhbar Kosmo! untuk memberi keterangan.
Peguam mewakili Abdul Hadi, Asmuni Awi memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan tarikh itu berikutan seorang saksi plaintif daripada akhbar Kosmo! tidak hadir sungguhpun waran tangkap telah dikeluarkan, tetapi waran tangkap itu tidak dapat dilaksanakan.
Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini, bagaimanapun kira-kira 300 penyokong beliau hadir di perkarangan mahkamah.
Pada 28 Oktober lalu, Abdul Hadi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur
Limbat Ariffin Deraman memberi keterangan sebagai saksi defendan manakala plaintif memanggil seorang saksi iaitu Adun Bandar Azan Ismail bagi memberi keterangan.

2 comments:

  1. Bacul tak ber tanggung jawab betul.

    Jadi manusia pun sudah tak tahu.

    Melayu kampong tak boleh dapat pangkat , habis lupa asal usul.

    ReplyDelete
  2. Orang berperang terkena panah jatuh dari kuda lalu mati sebagai pahlawan....presideng parti fitnah orang mungkin jatuh tersungkur dek pil khuda....bikin malu aja....kah kah kah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa