Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 23, 2014

Memang Celaka!

Arak MAS: Hebat pemimpin Islam Malaysia!
NORMAN SHAHID.

TERKINI, umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan maklumat bahawa setiap harga tiket MAS yang dibayar termasuk di dalamnya caj untuk arak.

Selepas puluhan tahun, syarikat penerbangan milik Malaysia itu beroperasi isu arak masih belum selesai malah terbongkar pula suatu maklumat baru.

Rupa-rupanya, dalam tidak sedar sebahagian penumpang beragama Islam turut mempunyai saham dalam arak MAS. Cuma dari segi hukum agama, penumpang ini terlepas kerana tidak tahu kedudukan sebenar.

Pendedahan yang berlaku baru-baru ini merupakan sesuatu yang besar malah saya mencadangkan kepada mana-mana penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan kapal terbang berhak menuntut supaya caj arak dalam harga tiket mereka dihapuskan – atau penumpang berhak memilih syarikat penerbangan lain jika ada.

Begitulah, selepas 57 tahun merdeka, pemerintah Malaysia yang beragama Islam yang diketuai Umno tidak berupaya menyelesaikan masalah sekecil itu. Tidak malukah mereka yang mendabik dada di peringkat dunia dengan mengatakan bahawa Malaysia ialah negara Islam contoh!

Patutlah apabila ada pihak yang mahu melaksanakan undang-undang jenayah syariah, pemerintah Malaysia yang juga beragama Islam memberikan pelbagai alasan dan dalih untuk menghalangnya – isu arak dalam MAS pun gagal diselesaikan.

Hatta, ada syarikat yang bukan dari negara Islam menjadikan arak sebagai salah satu item yang dilarang dalam pesawat terbangnya!

Pemimpin Malaysia pula sejak dulu memberikan pelbagai alasan untuk terus membenarkan arak ada dalam pesawat MAS. Hebat pemimpin Islam Malaysia! 

3 comments:

  1. Caj untuk arak telah dimasukkan dlm harga tiket, tentulah tidak murah caj tersebut. Penumpang Islam pula tidak memesan minuman itu, sama ada untuk diminum sendiri atau belanja penumpang lain. Keuntungan 100%, tetapi kenapa MAS rugi?

    ReplyDelete
  2. bila orang bahalol di beri tanggung jawab menjaga ternakan lembu , pasti nya akan gagal kerana pemikiran keldai tidak sesuai untuk lembu.

    eh , orang orang bahalol boleh di harap ke ????

    ReplyDelete
  3. Mana pergi nya para ulama kerajaan..mana pergi nya majlis mufti kerajaan..kenapa perkara ini tidak di tegur kepada pemimpin2 negara yg konon nya menjaga kepentingan agama Islam kita...bangsat lah pandai bercakap sahaja tetapi takut untuk menegur dan bertindak..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa