Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 25, 2014

Najib bingung?

Kadir sindir Najib yang bingung
 | November 25, 2014
Amat menakjubkan apabila Presiden UMNO itu dilaporkan bertanya di mana silap kita.
najib+chinesePETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin telah menyindir UMNO yang seolah-olah berada dalam keadaan bingung apabila masih gagal mendapat sokongan pengundi di sebalik usaha yang dilakukan.
”Di mana silap kita?” tanya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan, sekali gus mencetuskan persoalan apakah usaha yang dilakukan bertepatan dengan kehendak masyarakat atau ia sudah terpisah daripada realiti.
Katanya, ia merupakan kenyataan yang pelik di sebalik banyak kenyataan, ikrar dan kenyataan yang dibuat.
Dalam entri terbaru kadirjasin.blogspot.com beliau menyatakan, ”amat menakjubkan apabila Presiden UMNO itu dilaporkan bertanya ‘di mana silap kita?’,” di sebalik beberapa kenyataan bahawa sesuatu perlu telah dilakukan tetapi ia gagal meraih sokongan.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times itu membayangkan melalui kenyataan Najib, antara masalah yang dihadapi ialah kedudukan UMNO sebagai pembangkang di Selangor selepas dua pilihan raya umum dan kemerosotan sokongan pengundi di Johor yang mendadak.
Malah kegagalan kepimpinan Perdana Menteri itu dalam partinya turut diserlahkan dalam kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang terus dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, walaupun terbukti gagal membaiki prestasi.
Noh dipetik sebagai berkata, ”tidak ada halangan untuk tukar pucuk kepimpinan tetapi presiden UMNO mahu saya pimpin Selangor” sedangkan diketahui umum bahawa pertukaran pucuk kepimpinan perlu dilakukan dan bukannya mengitar semula.
Najib semasa Konvensyen UMNO Selangor dilaporkan berkata, “Saya rasa sangat letih dan ia sangat memalukan apabila kita (BN) disebut sebagai pembangkang. Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga.”
Mengenai nasib UMNO di Johor, trend sokongan pengundi merudum daripada 81 peratus pada 2004 kepada 63 peratus (2008) dan 54 peratus (2013) sedangkan negeri itu merupakan asas dan kubu kuat.
Sementara itu Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam temuramah dengan akhbar Utusan Malaysia menyatakan: “Saya katakan kita sudah capai tahap agak kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah. Isyarat itu sudah jelas di hadapan kita.”
Kenyataan beliau itu menunjukkan di sebalik ‘apakah silap kita’, UMNO sebenarnya pada tahap paling kritikal dalam kelangsungannya untuk terus bertahan dan kekal relevan di kalangan pengundi, dan parti itu perlu membuktikan kesungguhan untuk berubah dengan menzahirkan perubahan kepada rakyat.
Jika kenyataan itu bukan tempelakan, ia sebenarnya merupakan amaran kepada kepimpinan Najib dan UMNO sendiri bahawa padah sedang menanti bila sesuatu tidak berlaku atau dilakukan.
Bagaimanapun Kadir memperlihatkan sikap UMNO yang liat untuk berubah atau diubah dan bersikap berselindung melalui kenyataan Setiausaha Agungnya, ”ada benda yang boleh dibahaskan, tapi kalau boleh jangan sentuh isu sensitif. Kalau boleh jangan sakiti hati orang lain.”
Sikap menjaga hati juga menjadi masalah apabila perubahan tidak boleh dibawa masuk, atau pucuk kepimpinan tidak diganti menyebabkan UMNO dilihat sebagai jumud dan kehilangan dinamisme dalam perjuangan.
Sementara itu kenyataan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin membuktikan bahawa UMNO tertutup kepada perubahan dan peremajaan berikutan terhalangnya kemasukan golongan muda menyertainya.
Kadir membayangkan masalah kpada UMNO sudah diketahui kerana seperti kata Khairy, “Kalau kita lihat kadar urbanisasi, penghijrahan anak muda dari kawasan luar bandar ke bandar sudah mencecah 60 peratus dan trend ini akan berterusan. Mereka memerlukan seorang pemimpin atau barisan pemimpin yang memahami mereka dan yang dapat memperjuangkan mereka.”
Maka, kenyataan tersebut menjelaskan bahawa masalah sememangnya diketahui tetapi masing-masing tidak mengendahkannya untuk tampil melakukan sesuatu atau bertindak.
Kadir juga mengaitkan UMNO dengan masalah semasa membabitkan 1MDB yang menunjukkan kelemahan amat besar apabila kadar perbandingan aset dan tanggungan yang sangat ketara, tetapi cuba diatasi oleh pengurusan syarikat dengan mencairkan aset.
Menurut laporan terbaru 1MDB mempunyai aset sebanyak RM51.4 bilion sementara hutang RM41.9 bilion dengan mencatat kerugian sebanyak RM665.36 juta.
Secara nisbah, hutang 1MDB berbanding aset ialah 82 peratus sedangkan badan pelaburan lain kerajaan mempunyai rekod pengurusan kewangan yang jauh lebih baik dengan Khazanah dilaporkan mempunyai aset RM64.4 bilion berbanding hutang RM37.4 bilion iaitu pada nisbah 58 peratus.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula mencatat nisbah 0.7 peratus iaitu aset (RM597.8 bilion) dan hutang (RM4.4 bilion); sementara KWSP (Kumpulan) pada nisbah 7 peratus iaitu aset (RM642.1 bilion) dan hutang (RM45.3 bilion).
Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dilaporkan berkata: “Sesetengah pinjaman adalah dalam bentuk jangka panjang tapi kami percaya komitmen kewangan ini dapat dipenuhi. Kami juga dalam proses menambahkan dan mencairkan nilai aset yang kami ambil alih.”
tags: UMNO, A Kadir Jasin, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin

1 comment:

  1. dah bahalol agaknya.

    apa tidak nya , bila ketua sudah bahalol yang pasti anak anak buah nya juga turut akan bahalol.

    salam 1Bahalol !!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa