Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 20, 2014

Nilah yang buat aku rasa menyampah!

Rasa nak mencarut.......
Kedua-dua pihak mengambil pendekatan 'bangang'
Terlalu banyak mulut yang langsung tidak membina

Laporan minta DAP keluar Pakatan mengarut, kata naib presiden PAS
Published: 20 November 2014 - TMI
Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini berkata Pakatan Rakyat ada tiket masuk tetapi tiada tiket keluar, tetapi mengatakan ia bukan menyuruh DAP keluar dari gabungan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 November, 2014.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan akhbar yang mengatakan beliau meminta DAP keluar dari Pakatan Rakyat (PR).
"Mengarut itu. Mana ada saya minta DAP keluar macam itu," kata Tuan Ibrahim kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, tidak ada mana-mana parti dalam PR yang berhak meminta mana-mana parti lain keluar dari gabungan itu.
Beliau bagaimanapun mengaku ada berkata dalam PR hanya ada borang masuk tetapi tidak ada borang keluar, tetapi tidak bermaksud meminta DAP keluar sebagaimana dilaporkan.
Sinar Harian hari ini melaporkan, mana-mana parti dalam PR boleh mengundur diri jika tidak boleh menerima kelebihan dan kekurangan parti lain, kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata demikian apabila DAP masih tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan mengenai PAS walaupun merasakan segala kemelut dalam PR sudah berakhir.
"Saya tidak faham mengapa masih ada kenyataan buruk mengenai PAS selepas selesai kemelut Menteri Besar Selangor.
"Jika DAP rasa tidak boleh sejalan lagi dengan kami, mereka boleh ambil langkah undur diri. Ini kerana dalam PR hanya ada borang masuk, tiada borang keluar. Jadi jika DAP rasa ada yang tidak kena pada PAS, mereka undurlah diri dan biarkan PAS bersama PKR meneruskan perjuangan politik kami," katanya, semalam.
Beliau berkata, apabila ada kenyataan yang dibuat, seolah-olah tuduhan atau berprasangka buruk, sudah tentu ia menjadi tanda tanya mengenai perkara yang dibangkitkan.
"Kalau ada rasa tidak puas hati, seharusnya perlu menggunakan saluran yang betul. Saya salah seorang ahli jawatankuasa pimpinan tertinggi parti. Jadi, kalau ada yang tidak puas hati, boleh bawa dalam mesyuarat atau panggil sahaja untuk bincang hati ke hati.
"Bercerita kepada umum bukan cara terbaik, malah boleh menimbulkan lebih banyak konflik. Seperti saya katakan, jika ada yang rasa tidak boleh duduk dalam PR, mereka boleh tarik diri. Dalam PR tiada tiket keluar, ada tiket masuk sahaja. Jadi kenalah undur diri," katanya sebagaimana dilaporkan oleh versi online akhbar berkenaan.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS.
Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia.
Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.
“Kalau Lim Guan Eng mahu keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP mahu keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan,” kata seperti dilapor dalam akhbar itu.
Mohd Amar dipercayai mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. – 20 November, 2014.

12 comments:

  1. Pas ni dh bengong
    org suruh gadir...bukan suruh keluar
    tak faham bahasa ka

    ReplyDelete
  2. ada bnyk Tuan aka Tuang
    Tuang Presideng yg kaki TUANG/ponteng
    Tuang sibapak FITNAH
    dah brp kali FITNAH2!?

    yg nih Tuang jugak
    Tuang nih dolu2 glamor kat tv1
    org kuat ddlm klompok Hadi
    rombongan gi LONDON ari tuu

    naik loye ambe tengok muka depa nih

    ReplyDelete
  3. bila ketua atau tuan presiden sudah bahalol tiada kredibiliti akibat menipu maka tiada lagi menghormati nya , dan sesiapa saja yang merasa ada kredibiliti akan usaha menunjukan ianya berkuasa.

    PAS sudah bahalol , nanti akan tiba suatu masa Pak Guard di Ibu Pejabat PAS HQ Kuala Lumpur akan mengeluarkan kenyataan juga.... Semua sudah jadi Bahalol.

    Ini lawak jenaka zaman Melayu runtuh bersama monyet monyet nya.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Minta maaf awal nih....ambo nak gelak skit kat Datto Tuan Ibrahim kito.

    ....kahkahkahkahkahkah......

    Guna tukar statemeng pulok Tok!....?kahkahkah. Bagi kat TGHH, Mustafa Ali, Nik Amar, Nik Abduh & Tantawi V3llfire je lah tunjuk dok cerdik.

    Dato ore cerdik. Dato ore kemah. Jangan dok ikut perangai demo-d3mo tuh....kahkahkahkah

    ReplyDelete
  5. bat8

    Tulah sabab Abe kata rasa nak mencarut tu. Lepas sorang, sorang keluarkan statements bodoh.

    Tuan Ibrahim bekas pensyarah. Patut ker buat statements gitu, pastu konar baring pulak!

    ReplyDelete
  6. seperti yang dikatakan bahawa kenyataan sebahgian peminpin pas menjadikan pengikut di bawah ni bercelaru dan menyampah.Rasanya peminpi pas banyak yang cerdik tak kan tak tahu bila nak buat kenyataan berhati-hatilah dengan keadaan ,dengan siapa,dengan manusia ke atau dengan syaitan ,ni tidak bila dihulurkan mic terus beri kenyataan dan bila keluar di napikan pula,kan haru namanya.Inilah akibatnya kalau masih belum muhasabah diri.padan muka.

    ReplyDelete
  7. Apakah mereka ni tak baca komen pembca yang kebanyakan nay pengikut Pas.Sombong dan bodoh sombong.mereka semua dalam ujian Allah,hampir semua tergelincir dari landasan perjuangan.

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya kebanyakan pemimpin Pas tak faham maksud DAP. Berdasarkan pengalaman lepas walaupun telah dihantar wakil dr Pas hasil mesyuarat tertinggi pemimpin Pakatan Rakyat boleh diubah oleh presiden Pas iaitu Hj Hadi, dengan sebab itu DAP menyarankan agar mesyuarat Pakatan Rakyat mesti dihadiri oleh presiden Pas agar perkara tersebut tidak berulang. Kalau Hj Hadi sakit, beritahulah elok elok jangan jawab dgn bahasa yg bukan bukan. Kenapa pemimpin Pas nak melenting dan emosional. Memang ini isu remeh, tetapi yang membesarkannya adalah pemimpin Pas itu sendiri.

    ReplyDelete
  9. Dengan Tuan Ibrahim perlu berhati-hati dengan kata-katanya... pembelit... pepat di hujung runcing di dalam... Nampak macam fizikal macam bukan UG tetapi memang UG tulen.

    ReplyDelete
  10. Allah SWT telah menunjukkan rupa puak-puak PAS-UG ini sebenarnya tanpa dapat diselindungkan lagi walaupun disebalik sehelai daun lalang. Mereka ini kalau di dalam politik maka kastanya telah jatuh sebagai "pariah". UG + Tuang Presideng = U-Tn (U-Turn). Maaf, untuk akan datang, jangan harap pitis untuk mengisi Tin Milo kamu lagi....(Tiada sokongan untuk golongan Munafik yang lebih suka rakyat menderita di negara ini)

    ReplyDelete
  11. Yg sepatutnya hadir mesyuarat adalah individu yg boleh buat keputusan, bukannya dihantar wakil tapi kemudian keputusan mesyuarat dibantah pula. Kenapa bila diminta hadir diberi pelbagai alasan? Dimanakah letaknya akauntabiliti presiden? Janganlah ditunjukkan kebodohan dgn cuba menegakkan benang basah. Malu pd yg bukan muslim.

    ReplyDelete
  12. Kenapa rakyat kebanyakkan amat marah seperti dirasuk jin terhadap Hj Hadi walaupun perbuatan beliau hanya melalui kata-kata, berbanding Najib dan pemimpin UMNO yang lain? Jawapannya amat mudah sekali.... Rakyat lebih terasa tertipu, tertekan dan amat marah jika selama ini orang yang mereka sering mempertahankan atas dasar Islam dan dianggap ulama yang dipilih bagi membela nasib rakyat rupanya pengkhianat besar terhadap perjuangan mereka (rakyat). Manakala Najib dan kebanyakkan pemimpin UMNO adalah hanya seperti "syaitan yang dikenali" sahaja (rakyat yang celik politik dah kenal sangat bahawa golongan ini memang jahat tapi dipilih juga oleh kroni dan rakyat yang buta politik dan berkepentingan peribadi).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa