Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 27, 2014

MU Intai Robben?

Van Gaal Akui Temui Arjen Robben Di Sebuah Hotel
Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 3:47 PM - mStar

LOUIS VAN GAAL mendedahkan telah menemui Arjen Robben di hotel yang menempatkan pasukan Bayern Munich selepas skuad tersebut menentang Manchester City dalam aksi Liga Juara-juara Eropah pada Rabu.
Pengendali Manchester Unted itu pernah membimbing Bayern pada 2009 hingga 2011, sehingga berjaya membawa kelab itu menjuarai Bundesliga.
Bagaimanapun dia digugurkan pada 2011 selepas Bayern gagal memberikan aksi konsisten.
Van Gaal yang mengakui telah ke Hotel Lowry di Manchester bagaimanapun menafikan bahawa mengadakan pertemuan dengan pihak atasan Bayern.
"Saya ke sana bukan untuk berjumpa Bayern tetapi Arjen Robben," jelas jurulatih kelahiran Belanda itu.
Robben mempunyai hubungan baik dengan Van Gaal kerana jurulatih terbabit bertanggungjawab membawanya ke Bayern pada 2009.
Sebelum ini sebuah akhbar di England mendedahkan bahawa Robben semakin hampir untuk berhijrah ke United.
Bagaimanapun Robben memberitahu," setakat ini tiada satu peratus pun dalam fikiran saya untuk ke England atau mana-mana sahaja."

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa