Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 23, 2014

PAS dan UMNO tiada bezanya - Tun Hamid

Takyahlah aku komen
Biarkan orang PAS yang komen.....

PAS dan UMNO tiada bezanya, maka bergabunglah
 | November 23, 2014
Jika PAS dan UMNO bergabung, Kerajaan Persekutuan akan selamat walaupun orang Cina bersatu di belakang DAP
Pas Umno Umat IslamKUALA LUMPUR: Sekiranya PAS tidak mahu hak Melayu dan kedudukan agama Islam digugat, parti tersebut haruslah berkerjasama dengan UMNO, kata Mantan Ketua Hakim Negara.
Menurut Tun Abdul Hamid Mohamad, PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam.
Beliau berpendapat, jika Pakatan Rakyat berkuasa, DAP akan menjadi parti dominan dan bukannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.
“PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam. DAP pula lebih ‘chauvinistic’ daripada MCA atau Gerakan,” katanya dalam ucapan khas di Konvensyen Perpaduan Nasional.
Tegasnya, PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti UMNO mengawal MCA atau Gerakan.
Tambahnya beliau tidak mahu menyebut Parti Keadilan sebab parti tersebut tidak pernah berkata berjuang untuk orang Melayu.
“Parti tersebut hanya berjuang untuk orang Melayu, itu pun jika orang itu masih menganggap dirinya Melayu,” jelasnya.
Kata Tun Hamid, sebenarnya di antara PAS dan UMNO sudah tidak ada apa-apa perbezaan lagi.
Soalnya juga, apa bezanya Kelantan yang diperintah oleh PAS selama lebih kurang 40 tahun dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia selain daripada pengasingan lelaki dan perempuan di kaunter bayaran dan semasa menaiki bas dan beberapa sepanduk ‘Allahu Akbar’, ‘Subhanallah’, dan ‘Alhamdulillah’ di tepi jalan.
“Semasa berkempen di Kelantan pemimpin-pemimpin UMNO pun memakai kopiah putih.
Ertinya, semasa di Kelantan, pemimpin-pemimpin UMNO juga mahu nampak seperti orang PAS,” katanya.
Ujarnya, apa yang menjadi penghalang bukan ideologi tetapi kepentingan diri.
Pemimpin-pemimpin di kedua-dua parti takut hilang kedudukan, jawatan dan pendapatan masing-masing, jika kedua-dua parti itu bercantum, bergabung atau bekerjasama.
“Jika PAS dan parti-parti anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak boleh bersama-sama dengan UMNO dan BN, Kerajaan Persekutuan akan selamat walaupun orang Cina bersatu di belakang DAP.
“Apabila mereka merasa bahawa keadaan itu akan merugikan, mereka akan mula berfikir semula untuk bekerjasama BN. Orang Cina membuat perkiraan mengikut untung-rugi dan itu adalah prinsip mereka,” jelasnya.

11 comments:

  1. Ini sudah bagus,sudah ada menusia yang memberi pendapat bahawa PAS dan UMNO tiada bezanya,kalau dulu bezanya memang serperti langit dengan bumi.sekarang tak payanhlah Pas berangan-anagn nak bergabung dengan UMNO kerana jalan sudah di buka,sila masuk dengan aman,keluar Pkatan dan terus bergabung dengan UMNO pasti melayu selamat tetapi yang lain belum tentu.Go bravo TGHH dan golongna UG,

    ReplyDelete
  2. memang tiada beza nya.

    dua dua bahalol.

    tuan tuan presiden dan orang orang atasan semua nya hidup mewah ber gaya , walhal jutaan ahli ahli dan rakyat papa kedana kerana bahalol ikut tanpa ber fikir.

    sudah bahalol , salah kan Cina pulak.

    jika Cina tiada lagi kuasa ekonomi di malaysia , sudah gagal salah kan mamak pulak.

    betul betul 1Bahalol.

    ReplyDelete
  3. Kenapa Hamid bekas CJ tidak tanya UMNO, kenapa Melayu Kampung dan Felda mundur. Kenapa Melayu dari peri ngkat itu hanya diberi gula-gula apabila menghampiri PRU atau bila matinya YB dan diadakan pertandingan setempat memilih yang baru. Kenapa Melayu yang satu masa dulu sebelum Mahathir dapat pendidikan percuma tapi Melayu sekarang kena pinjam wang untuk belajaq.
    Adaka Cina DAP buat dasar itu?
    Adakah Cina DAP mengambil tanah Kg. Chubadak untuk diberi kepada cukong.
    Adakah Cina DAP penggubal dasar Kerajaan Malaysia.
    Jadi,jaxdi lah menipu Melayu disaat nyawa UMNO nak mampus.

    ReplyDelete
  4. Kenapa Hamid bekas CJ tidak tanya UMNO, kenapa Melayu Kampung dan Felda mundur. Kenapa Melayu dari peri ngkat itu hanya diberi gula-gula apabila menghampiri PRU atau bila matinya YB dan diadakan pertandingan setempat memilih yang baru. Kenapa Melayu yang satu masa dulu sebelum Mahathir dapat pendidikan percuma tapi Melayu sekarang kena pinjam wang untuk belajaq.
    Adaka Cina DAP buat dasar itu?
    Adakah Cina DAP mengambil tanah Kg. Chubadak untuk diberi kepada cukong.
    Adakah Cina DAP penggubal dasar Kerajaan Malaysia.
    Jadi,jaxdi lah menipu Melayu disaat nyawa UMNO nak mampus.

    ReplyDelete
  5. Umur macam tak lama nak mati tapi fikiranya masih kuno,bolih pulak dia keluar kenyataan yang hampir menyemarakan rasis dan perkauman.cuba kalau kenyataan begini di buat oleh oarng politik yang berbeza dengan pemerintah ,dah lama kena cekup.nampaknya kita makin lama makin berkecamuk.

    ReplyDelete
  6. Umno tetap barua british...kalau pas joib umno hanya nama pas saje...yg pasti bkn ahlinya...jgn masuk lubang ular 2 kali...jika masuk juga gerenti bukan ular yg patuk pas kali ini...tentunya ular yg pernah patuk suatu ketika dahulu sudah menjadi naga...
    Naga yg lapar berkurun2...sekali naga fire lpas tu tinggala kopiah kt atas tanah...tanah kubur...fkrknla..

    ReplyDelete
  7. Kepala bapak kau la bloger sial..

    ReplyDelete
  8. Tua Kutok ini mana pernah hidup susah. Lepas bersara dari jadi Ketua Hakim dapat projek UMNO juta-juta, mana tahu yang UMNO itu parti menindas rakyat sebab beliau dah berpuluh tahun menjadi lembu kenyang dengan UMNO. Selama ini pun rakyat hidup menderita tak juga di bawah DAP atau PKR, semuanya bawah pemerintahan UMNO yang celaka lagi khianat. Boleh pergi mampus lah dengan UMNO kamu tu, kalau nak sangat ber-UG maka Hj Adi Awe dan Nik Zawawi boleh menjadi agen jualan langsung untuk PAS + UMNO. Berapa UMNO bayar Syaitan ini untuk memperkukuhkan kedudukan mereka tak tahulah?

    ReplyDelete
  9. Kalau tak sholat dengan sholat jauh bezanya.Soal utama ialah mentauhid kan Islam, Jika gabung masih perangai binatang baik lupa kan.Dok terlampau banyak rasuah, takut rahsia terbongkar, jadi pecacai ini cadang terus bersatu.

    ReplyDelete
  10. Its like you read my thoughts! You seem to know
    so much approximately this, like you wrote the guide in it or something.

    I feel that you simply can do with a few percent to force the message home a little bit, but other than that,
    this is fantastic blog. A great read. I'll certainly be back.



    Also visit my page :: plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  11. hi!,I like your writing very so much! proportion we be in contact extra approximately your article on AOL?

    I need a specialist on this space to resolve my problem.
    May be that is you! Taking a look ahead to see you.


    Feel free to surf to my web-site :: plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa