Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 23, 2014

Adakah Ini Madah Berhelah?

Kerjasama Umno - PAS tidak boleh dibincang secara terbuka, kata Najib
Published: 23 November 2014
Gambar bendera dari sini

Meskipun tidak menolak kemungkinan Umno yang akan terlebih dulu menyuarakan tawaran    bekerjasama dengan PAS, Datuk Seri Najib Razak menegaskan perkara itu tidak boleh dibicangkan secara terbuka, lapor Mingguan Malaysia hari ini.
Presiden Umno itu berkata, perlu wujud kesedaran yang kerjasama antara parti itu dengan PAS penting dalam usaha mengelak ancaman kepada orang Islam dan Melayu menjadi semakin getir.
"Apa pun, kita tidak boleh berbicara secara terbuka. Apa-apa pun nak jadi, akan jadi satu hari nanti," katanya kepada akhbar milik Umno itu dalam satu wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2014 minggu depan.
Perdana menteri mendakwa, terdapat pihak yang tidak suka Islam dan Melayu berkuasa di negara ini sehingga mereka cuba melaga-lagakan antara sesama mereka termasuk dengan bertindak mengurangkan pengaruh Umno yang dilihat sebagai ancaman.
"Senjata mereka ialah menggunakan orang Islam menyerang kita dan mengurangkan pengaruh Umno," katanya.
Memandangkan situasi tersebut, beliau berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin Islam melaksanakan penyatuan ummah di negara ini. – 23 November, 2014. - sumber asal

# rasanya telah pun diwujudkan makanisma ke arah itu di belakang tabir

6 comments:

  1. lagi bahalol lah jadi ya orang orang melayu. yang satu nak menipu , dan lagi satu tak sabar sabar nak kena tipu.

    eh , orang orang melayu asal usul nya bangsa pandai pandai ke ???

    salam 1Bahalol.

    ReplyDelete
  2. Bagus cadangan berbibcang cara sorok-sorok agar pengikut bawahan tidak tahu apa isi perbincangan,sebab kalau mereka tahu mereka akan bantah.bukan senang nak agih harta qarun.kah.kah.klah,Dengan ini kita syorkan golongna UG cepat-cepat sambut apa yang Najib cadangankan,biar golongan profesinal dalam Pas cepat mampus dan Pas cepat berkubur.Biarkan,biarkan ,peminpin Pas terjun dengan cubahnya.

    ReplyDelete
  3. Umno parti mentedarah rasuah biar mereka kotor, jangan sekali Pas nak kongsi.

    ReplyDelete
  4. Umno parti mentedarah rasuah biar mereka kotor, jangan sekali Pas nak kongsi.

    ReplyDelete
  5. Perbincangan secara terbuka disebut muafakat sedangkan jika dibuat secara sorok-sorok disebut komplot, titik.

    ReplyDelete
  6. Lanun + tukang kutuk = ????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa