KERETA Pandelela Rinong (gambar kecil) terbabas di Jalan Mahameru berdekatan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan S. Markandan berkata, semasa kejadian pada pukul 1 pagi itu, Pandelela dalam perjalanan dari Sentul menuju ke Bukit Jalil selepas keluar makan bersama rakan-rakannya.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, sebuah kenderaan lain tiba-tiba cuba memintas kereta Chevrolet Cruze miliknya sehingga menyebabkannya terbabas lalu merempuh penghadang jalan dan papan tanda.

“Kereta tersebut kemudian memasuki sebatang longkang. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Markandan, pemandu kenderaan yang memintas kereta mangsa telah melarikan diri. - sumber