Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 25, 2014

PAC menggesa Jabatan Audit Negara segera audit projek KLIA2

PAC mahu Jabatan Audit Negara audit projek RM4 bilion klia2
Published: 25 November 2014
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara gesa projek Lapangan Terbang Antarbaangsa Kuala Lumpur 2 diaudit Jabatan Audit Negara, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang menelan belanja RM4 bilion segera diaudit Jabatan Audit Negara kerana terdapat beberapa isu memerlukan perhatian dan penelitian jabatan tersebut. 
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung projek berkenaan dijalankan memandangkan projek berkenaan belum pernah diaudit Jabatan Audit Negara.
"Kita minta Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang segera menjalankan pengauditan terhadap projek klia2 kerana terdapat beberapa isu yang timbul," kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Insider.
PAC sebelum ini memanggil beberapa pihak yang terlibat dalam projek pembinaan lapangan tambang murah itu selepas timbul isu kenaikan kos dan kelewatan tarikh siap pembinaan daripada tarikh asal sejak mula dibina pada 2009. 
"Selepas prosiding, ada beberapa isu yang kita lihat memerlukan audit lebih lanjut daripada Jabatan Audit Negara," kata Nur Jazlan.
Pada sidang medianya di pejabat PAC, di Parlimen hari ini, Nur Jazlan berkata meskipun projek pembinaan klia2 menggunakan dana milik Malaysia Airport Berhad (MAHB) secara langsung, dan tidak menggunakan dana awam, syarikat berkenaan merupakan anak syarikat kepada kerajaan.  
Antara syor jawatankuasa itu dalam laporan penuh klia2 yang dikeluarkan hari ini adalah meminta agar jabatan audit negara mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap isu pokok ke atas masalah yang timbul supaya tindakan susulan dapat diambil oleh pihak berkuasa berkaitan. 
"PAC juga meminta jabatan audit negara melakukan audit prestasi terhadap MAHB sejak penubuhannya, terutama dalam model pembangunan KLIA dan klia2 daripada segi perancangan, pelaksaan dan tanggungjawab," katanya. 
Nur Jazlan berkata, PAC juga menggesa Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Penerbangan Awam Negara yang bebas dan dianggotai individu tiada kepentingan dalam mana-mana syarikat penerbangan atau pernah menjawat jawatan kerajaan yang berkaitan dalam industri penerbangan bagi mengelakkan berlakunya konflik dengan pihak berkepentingan. – 25 November, 2014

3 comments:

  1. Wayang jer semua ni.
    Lps laporan audit haram satu pon x der tindakan.dah bertahun oiiii.angka plak bkn kecik mcm semut perbezaannya.tak kan tu pon x ley beza.selagi umngok berkuasa ini lah nasib negara.dibodokan oleh si bodo.kih kih kih.hadoiiii

    ReplyDelete
  2. Abe

    Kini semua penerbangan murah berpindah ke KLIA 2. Apa jadi dengan LCT? Kita tak dengar apa2 berita sekarang. Dulu kita dengar macam2 k3gunaan dicadangkan. Biasalah SOP nak m3njustifikasikan banditary kan....

    ReplyDelete
  3. bat8

    Begitulah jadinya bila duit rakyat dapat kat tangan penyamun - bat8 gunakan perkataan'banditary'.

    Akhirnya semuanya lebur!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa