Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 25, 2014

IS tembak jatuh jet pejuang rejim Presiden Bashar Al-Assad

Militan IS lancar serangan terbaharu ke atas Ramadi
REUTERS - SEBAHAGIAN daripada pejuang puak Sunnah mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan di Ramadi sebagai persediaan untuk memerangi militan IS.

BAGHDAD – Kumpulan militan Negara Islam (IS) melancarkan serangan baharu ke atas bandar Ramadi di utara Iraq semalam, kata seorang pegawai keselamatan.
“Kumpulan militan tersebut melancarkan serangan dari tujuh penjuru ke atas Ramadi,” kata pegawai berkenaan menurut laporan laman berita Iraq, Almada Press.
Serangan itu merupakan percubaan kali ketiga oleh kumpulan militan berkenaan untuk menawan bandar itu.
Pegawai sama memberitahu, militan IS menembak peluru mortar ke arah sebuah kompleks pemerintah di pusat bandar Ramadi yang terletak 110 kilometer ke barat bandar raya ini.
Susulan serangan tersebut, pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan perintah berkurung di Ramadi.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menge­luarkan arahan pada Sabtu lalu supaya lebih banyak bantuan ketenteraan diberikan kepada pasukan keselamatan yang memerangi IS di wilayah Anbar.
Ramadi merupakan bandar utama di wilayah berkenaan. IS menawan sebahagian besar Anbar pada tahun ini dengan kesempatan kebencian penduduk tempatan terhadap pemerintahan pusat yang diketuai puak Syiah di sini.
Sehingga kini, IS menawan sebahagian besar kawasan di barat dan utara Iraq serta Syria.
Sementara itu, kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia kelmarin melaporkan bahawa militan IS telah menembak jatuh sebuah jet pejuang rejim Presiden Bashar Al-Assad di wilayah Deir al-Zour dekat sempadan Syria dan Iraq. - sumber

3 comments:

  1. I've been exploring for a little bit for any high-quality articles or weblog posts in this
    kind plenty of fish dating Site of free dating area .
    Exploring in Yahoo I eventually stumbled upon this web site.

    Studying this info So i am happy to exhibit that I've a very just
    right uncanny feeling I found out exactly what I needed.

    I so much no doubt will make sure to don?t fail to remember this site and
    give it a glance regularly.

    ReplyDelete
  2. Do you have a spam issue on this site; I also am a blogger, and I was curious about
    your situation; many plenty of fish dating site of free dating us have
    developed some nice procedures and we are looking to exchange strategies with other folks, why not shoot me an email
    if interested.

    ReplyDelete
  3. you're actually a good webmaster. The website loading velocity is incredible.
    It sort plenty of fish dating site of free dating feels that you
    are doing any unique trick. Furthermore, The contents are masterwork.
    you've performed a magnificent process in this subject!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa