Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 28, 2014

Tarikan Nafas Terakhir Najib?

Nafas Najib kali ini adalah pernafasan terakhir – Zam
November 28, 2014
Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam.
Zainuddin MaidinPETALING JAYA: Wartawan veteran, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengharungi hari-hari akhir kepimpinannya selepas mengumumkan pengekalan Akta Hasutan 1948.
Dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu menyatakan, tepukan gemuruh semasa pengumuman tersebut merupakan amaran bahawa ahli parti menolak kepimpinan beliau yang liberal dan lemah.
Sebaliknya beliau berpendapat, perkara sebenar yang berlaku ialah terdapatnya revolusi senyap yang berkembang seperti api di dalam sekam.
”Tempikkan itu bukanlah sokongan tetapi ledakan perasaan senyap yang terpendam bercampur marah, protes, penolakan dan kehilangan keyakinan,” tulis bekas Menteri Penerangan yang lebih mesra dipanggil Zam.
Entri yang berjudul Inilah Pernafasan (Nafas) Terakhir Najib mencatatkan, ”Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam. Pernafasan (Nafas) semula Najib kali ini adalah pernafasan terakhir.”
Menurut Zainuddin, jika Perdana Menteri itu seorang ahli politik yang bijak beliau sepatutnya boleh membaca makna di sebalik tepukan gemuruh yang diterimanya kerana ia bukan reaksi tanda sokongan.
Kata beliau, orang Melayu khususnya ahli UMNO kini sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mohd Najib kerana ”beliau telah terlihat sebagai pemimpin yang flip flop, pemimpin ikut angin, pemimpin tidak berpendirian, pemimpin tidak berprinsip, pemimpin yang lemah.”
Tulis Zainuddin: ”Janganlah Najib ingat ekonomi ubat mujarab untuk membina keyakinan bangsa jika emosi tidak dilayan dengan adil dan bijaksana kerana orang Melayu tidak bertuhankan meterialisme seperti orang Cina.”
Sebaliknya beliau menjelaskan, Melayu merupakan bangsa yang percaya kepada Allah dan melihat maruah mereka sebagai suatu bangsa yang beragama Islam lebih penting daripada mengisi perut. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa