Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 26, 2014

Sesi Lawak: Penampilan Di Perlawanan Sulung Dengan Seluar Koyak......

Seluar koyak bayangi penampilan sulung Moyes
26 November 2014 12:49 AM

MADRID – Perlawanan pertama David Moyes bersama kelab baharunya, Real Sociedad berakhir dengan seri, namun kemunculannya bersama seluar koyak telah membayangi penampilan sulung bekas jurulatih Manchester United itu dalam saingan La Liga, kelmarin.

Moyes seperti biasa berpakaian suit biru gelap dalam perlawanan di Deportivo yang berkesudahan seri 0-0, tetapi tumpuan lensa kamera lebih terarah kepada seluarnya yang koyak di bahagian paha kanan berbanding keputusan permainan.

Pengendali kelahiran Scotland itu jelas tidak sedar bahawa seluar yang dipakainya telah terkoyak.

Jahitan di atas seluar Moyes tetas kira-kira tiga inchi sehingga menampakkan bahagian kanan peha.

Jurulatih berusia 51 tahun itu yang tidak sedar seluarnya menjadi tumpuan, malah telah dirakam oleh media terus menjalankan tugas dengan memberi arahan kepada anak-anak buahnya seperti biasa sehingga tamat perlawanan. – sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa