07:30PM Sept 11 2015
oleh Alyaa Alhadjri
ANALISIS: Walaupun mungkin dikatakan mempunyai niat mulia, berfikiran terbuka dan lapang dada buat masa sekarang, realiti akar umbi adalah PKR perlu membuat keputusan segera antara DAP atau PAS yang akan menyertai pakatan pembangkang, atau mereka boleh melupakan keinginan menakluk Putrajaya.
Sekiranya satu-satunya cara yang sah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional adalah melalui kotak pengundian PRU 14, mana-mana parti yang menyimpan impian sedemikian perlu menumpukan usaha ke arah mengekalkan sistem dua parti yang wujud kini.
Samada pakatan Pembangkang secara rasmi ditubuhkan atau tidak dan nama baru mungkin menjadi perkara pertimbangan kedua, selagi mana ada pemahaman bersama yang musuh bersama mereka adalah BN.
Sejarah pilihanraya Malaysia setakat ini telah membuktikan yang penglibatan calon bebas tidak memberikan kesan kepada pola pengundian, mereka yang bertanding di bawah bendera parti sedia ada seperti PAS mempunyai lebih tinggi peluang, terutama sekali sekiranya mereka adalah penyandang terdahulu kerusi tersebut.
Dalam apa juga keadaan, semua parti pembangkang akan melakukan yang lebih baik dengan meminimumkan risiko pertembungan tiga penjuru antara PAS dan BN, kerana kegagalan berbuat demikian hanya akan menyaksikan mereka berdepan risiko undi terpecah.
Walaupun mungkin juga bahaya mempunyai rakan sepakat yang menikam satu sama lain juga merupakan satu kebimbangan yang perlu dipertimbangkan.
PKR mungkin telah terlupa yang PAS lah yang mengkhianati calon mereka dalam pilihanraya umum yang lepas.
Dalam apa juga kes, kenyataan pada 10 September oleh naib presiden PKR, Tian Chua yang mendesak semua parti pembangkang berhenti bertelingkah antara satu sama lain, sebaliknya bekerjasama untuk menyelamatkan rakyat dari kerajaan pemerintah BN.
MP Batu itu menyifatkan yang “pergaduhan dan tuduh menuduh berpanjangan” di antara PKR, DAP dan PAS- sejak kerjasama Pakatan Rakyat selama enam tahun ditamatkan pada Jun lepas- telah mengecewakan rakyat yang sudah sedia kecewa dan merasakan tiadanya jalan keluar.
“Saya merasakan ianya sangat mengecewakan yang bukan sahaja kita tidak mampu memberikan arah tuju untuk masa hadapan, tetapi juga pemimpin politik secara terbuka menyerang satu sama lain seterusnya menghakis kepercayaan rakyat kepada parti pembangkan yang telah mereka undi,” kata Tian Chua.
Berikutan penghijrahan besar-besaran bekas pemimpin golongan progresif dalam PAS dan penyokong mereka ke dalam parti yang akan dilancarkan kelak Parti Amanah Rakyat, presiden PAS Abdul Hadi Awang mengisytiharkan yang parti Islam itu tidak akan menyertai pakatan pembangkang, yang setakat ini dikenali sebagai Pakatan 2.0.
Pemimpin Amanah, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pendirian mereka.
MP Sepang Hanipa Maidin dalam kenyataan baru-baru ini berkata yang tiada tempat untuk PAS dalam Pakatan 2.0 dan parti itu akan ditinggalkan bersendirian untuk melaksanakan agenda politik mereka.
Pemimpin kanan Amanah yang lain pula mengambil nada yang lebih bertolak ansur- membuka pintu untuk perbincangan dengan PAS bagi mengelakan pertembungan tiga penjuru, kecuali tiada pilihan lain.
Merujuk kepada pertelingkahan antara PAS dan Amanah, Tian Chua mendesak pemimpin PAS supaya “berfikiran terbuka dan menjunjung nilai murni” dalam berurusan dengan bekas rakan pakatan.
Walaupun menyedari wujud asas kritikan kepada PAS, Tian Chua juga mendesak DAP untuk menahan “tindakan ganas” kepada parti pembangkang lain.
DAP dan PAS telah memutuskan semua ikatan antara satu sama lain walaupun kedua-dua mereka masih bekerja berasingan dengan PKR.
Tian Chua, bersama-sama dengan pemimpin tertinggi PKR yang lain, setakat ini masih mengatakan yang mereka akan terus bekerja dengan parti Islam itu dalam proses membentuk pakatan baru.
Pada 9 September, timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam kenyataanya mengatakan yang parti itu akan terus bekerjasama dengan PAS, membangkitkan kemarahan pemimpin DAP yang bertegas bahawa mustahil untuk tiga parti itu- bersama-sama dengan satu parti baru- untuk membentuk kerjasama politik yang baru.
Abdul Hadi baru-baru ini telah mengisytiharkan yang PAS sedang mempertimbangkan untuk meletakan ahli bukan Islamnya sebagai calon di kerusi yang kini diduduki oleh DAP, dan MP Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengatakan yang ini adalah “realiti kejam” yang perlu diterima PAS.
Bagi mendesak supaya Azmin mengisytiharkan bahawa PKR serius memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan PAS dalam mana-mana gabungan pakatan yang baru, Ramkarpal berkata: “Azmin perlu menentukan mana satu yang akan dipilihnya untuk bekerja di masa hadapan, kerana sudah jelas bahawa tiada lagi pakatan antara PAS dan DAP.”
Tanpa pakatan baru dalam PRU 14, pemerhati merasakan yang walaupun parti pembangkang masih berpeluang untuk mentadbir negeri yang dikuasainya kini- Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor- sangat pasti yang BN akan terus memerintah Putrajaya.
Mempertimbangkan yang tiada lagi cara untuk PAS dan DAP bekerjasama, dan ada kemungkinan tercetusnya pertelingkahan antara PAS dan Amanah, pilihan perlu dilakukan, secepat mungkin.
Di akhirnya, dalam usaha untuk membentuk Pakatan 2.0 yang lebih kuat dan baik, PKR mungkin terpaksa memilih antara DAP dan Amanah di satu pihak, dan PAS di satu pihak yang lain, kerana bermain teka teki antara dua pilihan hanya akan membawa kepada masa hadapan yang tidak menentu dan menghancurkan impian mereka untuk pertama kali menakluk Putrajaya.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa