Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 8, 2016

Adakah harapan dengan Pakatan?

Hafiz MarzukhiAstro Awani |  Januari 08, 2016 07:51 MYT
Adakah harapan dengan Pakatan?
Sejauh manakah perjanjian yang bakal ditandatangani pada Sabtu ini mampu menjadikan Pakatan Harapan sebagai satu kesatuan parti politik pembangkang yang mampan berbanding sebelumnya? - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Esok, bakal menyaksikan perjanjian gabungan parti pembangkang, Pakatan Harapan dimeterai.

Perkembangan ini dilihat signifikan kerana ketiga-tiga parti, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sudah pastinya tidak mahu membuat kesilapan yang serupa seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

Jika disingkap kembali sejarah politik di negara ini, Pakatan Harapan merupakan versi keempat pakatan pembangkang sejak tahun 1990.

Bermula dengan Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah, disusuli dengan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya gagal menghalang Barisan Nasional daripada membentuk Kerajaan Persekutuan negara ini.

Jadi, sejauh manakah perjanjian yang bakal ditandatangani pada Sabtu ini mampu menjadikan Pakatan Harapan sebagai satu kesatuan parti politik pembangkang yang mampan berbanding yang sebelumnya?

Penganalisis politik berpendapat gabungan parti ini mampu berjaya hanya jika setiap satunya sanggup mengenepikan agenda masing-masing demi kepentingan bersama.

Melihat kepada pengumuman Buku Jingga pada 2010, iaitu dasar bersama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan Pas ketika itu, menggariskan empat perkara utama iaitu demokrasi yang telus, pemacuan ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial bagi rakyat serta keadilan dalam hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Namun, kemahuan Pas untuk melaksanakan hukum hudud menjadi antara sebab utama kerjasama Pakatan Rakyat berakhir pada 2015.

Isu yang agak sama juga menjadi punca keretakan Gagasan Rakyat dan juga Barisan Alternatif sebelum ini.

Oleh itu, perjanjian baharu ini dilihat usaha Pakatan Harapan untuk memantapkan polisi kerjasama antara ahli-ahlinya.
Ini termasuk meletakkan prinsip dan kaedah membuat keputusan, penyelesaian pertikaian, cara pengagihan kerusi dalam pilihan raya dan paling penting, tindakan sekiranya perjanjian ini dilanggar mana-mana parti.

Sejauh manakah Pakatan Harapan boleh memberi impak dalam arena politik negara?

Semuanya bergantung kepada bagaimana ketiga-tiga parti merangka dasar bersama kesatuan politik tersebut yang bakal didedahkan esok di Pusat Persidangan Shah Alam.

1 comment:

  1. Penulis kajian ini silap dlm telahannya. Cara dia menulis mempersoalkan sejauh mana kekukuhan pernjanjian baru Pakatan Harapan seolah-olah dia melihat semua pimpinan PKR, Amanah dan DAP adalah muka2 baru yg baru kenal politik. Tidak sedarkah dia bhw pimpinan2 yg ada sekarang adalah susuk tubuh yg sama memimpin Pakatan Rakyat (PR).

    Penulis jg terlupa Hadi terlalu jarang hadir mesyuarat presiden PR, dia selalu wakilkan kpd Mat Sabu. Nah, skrg Mat Sabu sendiri yg memimpin parti Islam alternatiif (AMANAH). Apakah ada beza nada dlm mesyuarat nanti?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa