Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 5, 2016

Agak siapa atau apa yang kena jual?

China Railway dakwa bayar kurang RM2.1 bilion bagi pegangan Bandar Malaysia
TMI - Published: 4 January 2016 8:57 PM
China Railway Group Limited berkata ia membayar RM5.28 bilion bagi pegangan 60% dalam Bandar Malaysia, iaitu kurang RM2.13 bilion berbanding jumlah yang didakwa penjualnya, syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Gambar laman web 1MDB, 4 Januari, 2016.

Satu usaha sama syarikat China-Malaysia berkata ia membayar RM5.28 bilion bagi pegangan 60% dalam Bandar Malaysia, iaitu kurang RM2.13 bilion berbanding jumlah yang didakwa penjualnya, syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

China Railway Group Limited berkata usaha samanya dengan Iskandar Waterfront Holdings Bhd (IWH) membayar nilai berkenaan dalam satu makluman kepada Bursa Saham Hong Kong hari ini.

1MDB pada 31 Disember mengumumkan urus niaga itu bernilai RM7.41 bilion dan syarikat usaha sama itu sudah membayar deposit 10%.

Satu unit tempatan dalam China Railway Group mempunyai 40% pegangan dalam usaha sama yang berjaya mendapatkan pegangan Bandar Malaysia.

Rakan niaga lain ialah IWH, yang dimiliki secara bersama Credence Resources Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd milik kerajaan negeri Johor (40%).

Kenyataan 1MDB minggu lalu menyatakan usaha sama China-Malaysia sebanyak 60% itu ialah “perkongsian tanah” dalam projek pembangunan Bandar Malaysia tetapi tidak dengan jelas menyatakan RM7.41 bilion itu adalah nilai ekuiti dalam syarikat berkenaan.

Pendedahan Bursa Saham Hong Kong menyatakan harga RM5.28 bilion ialah untuk “kepentingan 60% ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd”, syarikat induk bagi projek pembangunan itu China Railway memberitahu bursa berkenaan ia akan membayar RM2.64 bilion.

Dalam dokumen makluman yang dilihat The Malaysian Insider, China Railway berkata ia akan membayar RM2.639 daripada RM5.28 bilion itu.

“Transaksi itu sudah diperiksa dan diluluskan dalam Mesyuarat Syarikat ke-17 daripada Sesi Ketiga Ahli Lembaga Pengarah pada 31 Disember, 2015.

“BMSB mempunyai pemilikan dalam blok penting yang akan dibangunkan di Kuala Lumpur, yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 2,000,000 kaki persegi”, menurut dokumen itu.

Pada 31 Disember, 1MDB berkata penjualan pegangan dalam Bandar Malaysia adalah sebahagian rancangan syarikat untuk mengurangkan hutang RM45 bilion.

Pegangan itu dibeli satu konsortium gabungan IWH dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, (CREC) anak syarikat China Railway Group di Malaysia.

Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usahama 60:40 antara IWH dan CREC.

Konsortium yang menang bersama dengan para pemegang saham sedia ada akan meneruskan baki komitmen di Bandar Malaysia, yang merangkumi penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur, projek yang menelan belanja RM2.7 bilion keseluruhannya, kata 1MDB.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata Bandar Malaysia Sdn Bhd masih "projek Malaysia" walaupun 24% kepentingannya dimiliki CREC. – 4 Januari, 2016.

7 comments:

  1. Yeh yeh seronok pula rasa sadis mesia dah kena jual, padan muka aku pasai x sokong bn

    ReplyDelete
  2. Mari kita tengok sape yg kena...

    ReplyDelete
  3. Abe

    Yang kena jual adalah kita rakyat jika kita mempercayai Najib. Najib hanya mahu melepaskan batang tengkoknya tersepit dengan apa juga cara termasuk menjual negara dengan menjual aset-aset strategik negara. Semua dia lelong murah-murah kpd negara asing.

    Kalau xnampak lagi, memang butalah terutama HH dan puaknya. Kalau HH nampak dia xakan mahu bekerjasama dgn UMNO dan Najib. HH juga terdesak sama seperti Najib, mahu menyelamatkan batang tengok dia akibat silap percaturan politik dalam PAS sendiri. Seperti Najib dia tak kisah apapun, termasuk menghancurkan PAS kerana hendak menyelamatkan batang tengkoknya sorang.

    Seperti Najib, dia berpikiran singkat. Kalau PAS hancur dan menjadi lemah akibat tindakannya mahu bekerjasama dgn UMNO, dia juga akan hancur mana nak lari. Sama seperti Najib, jika negara makin teruk, dia juga xselamat.



    ReplyDelete
  4. Jgn kutuk2 HH, dia tu ulamak besar dunia, mana pernah buat silap!!!

    Macam pil kuda, barua, broker, pengkhianat dan tolol, semua tu silap korang tafsir la. Dia tak pernah silap!

    Ulamak besar dunia itu pewaris nabi...krn ada hadis kata begitu.

    Cuma satu je aku nak tanya, ulamak us-suk ni ulamak jenis yang macamana ya?

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya pas bukan nak sangat bersama umno tetapi kes balak di kelantan sebabkan pemimpin pas kelantan kepanasan. Maklumlah laporan kpd SPRM dah pun dibuat cuma belum siasat aje lagi. Kalau SPRM teruskan siasatan & dakwaan, kita akan tahu siapa yg mengelupur? Utk selamatkan diri maka pemimpin2 pas sanggup bersekongkol dgn umno. pas tak akan masuk BN tetapi akan sokong najib utk selamat diri pemimpin pas yg korup serupa pemimpin umno. Hidup Melayu!!! pemimpin korup hidup mewah & kaya-raya, rakyat terus ditipu & hidup merana.

    ReplyDelete
  6. Pening tgk pss skrng...mcm sial bin najib bin razak

    ReplyDelete
  7. tuan punaisihat 10 persen

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa