Bukan kali pertama Amanah terdesak
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 4 JANUARI 2016
SHAH ALAM - Tindakan mengheret anak Allahyarham Datuk Abdul Azik Nik Mat dalam Parti Amanah Negara (Amanah) telah meninggalkan kesan besar dalam jiwa keluarga Allahyarham, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Oleh itu, kata Tuan Ibrahim dia berharap agar perkara ini tidak berulang lagi.
"Saya harap perkara ini tidak berulang kerana ini bukan kali pertama Amanah Kelantan cuba kaitkan Nik Omar dengan parti mereka.
"Kalau amanah mempunyai kekuatan, lebih baik mereka menumpukan usaha menyedari dan menarik ahli Umno dari terus menarik dan memujuk ahli Pas," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Amanah Kelantan hari ini yang mengesahkan bahawa anak sulung Allahyarham Datuk Abdul Aziz, Nik Omar tidak menyertai Amanah Kelantan sepertimana yang didakwa parti itu sebelum ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, tindakan yang diambil oleh Amanah sebelum ini memalukan parti itu sendiri.
"Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan terdesak bagi meraih simpati orang ramai," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ambo tidak terlibat,' kata Nik Omar]
Sabtu lalu, Nik Omar menafikan penyertaan beliau dalam Amanah seperti mana yang dilaporkan portal berita.
Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.
Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.
Sebelum itu, dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan, Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.
Memang itu satu kesilapan dan kita sebenarnya tidak tahu apa keputusan Nik Omar.mungkin dia mulanya bersetuju kemudian dia U turn .JADI dengan secara ini Amanah perlu tegas bahawa Ustaz seperti ini tidak bolih dijadikan apa juga ketua.Jangan ambil peduli lagi tentang belaiu .biarkan dia dengan keputusanya .kalau bolih jangan terima menjadi ahli.jiwanya kecil.
ReplyDeleteBetul tu. Ajak org amnu masuk amanah bukan tarik org pas.kalu sumer org pas masuk amanah pun amanah x leh tawan puterajaya sebab balik asal.
ReplyDeleteNapa pas takut sgt?alasan je mcam2..
ReplyDeletebilangan ahli tak begitu bermakna sgt. pas yg mrmpunyai ahli yg ramai tp dlm pru13 mendapat bilangan kerusi parlimen paling sedikit diantara sekutu PR. biar tak ramai ahli tp ramai pengundi yg memilih kita krn tertarik dgn gerak kerja kita dan pendirian kita yg membantu rakyat. demonstrasi pun tak perlu sgt
ReplyDeleteKena faham jiwa oghe kelate. Mereka rasa kagum dan banga jika ada rakan senegeri yg berpengaruh menyertai Amanah. Yg teruja dgn kemasukan Nik Omar hanya ahli2 PAN kelantan. Ahli PAN negeri lain biasanya sj. Itu lumrah. Bukannya Perlu faham, PAN tidak lemah, jiwa org kelantan tak sama mcm negeri lain. Tuan Ibrahim bukan org Kelate jd dia tak faham semangat kenegerian yg ada di kelantan.
ReplyDeleteJiwa allahyarham tgna lebih tertekan melihat gelagat jijik pemimpin2 pas skrg..nik omar bkn lah berpengaruh pun lantak dia nak join ke idak..x perlu canang2..
ReplyDeletejika 1 nik omar tak suka amanah 1000 orang nak mengundi amanah --sila berkawan dengan umno
ReplyDelete