Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 1, 2016

Aiik.........kata Gani sakit?

FRIDAY, JANUARY 01, 2016 
Gani Patail mula kerjaya baharu sebagai peguam, membuktikan dia sihat!

Kurang 3 bulan selepas bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail bersedia menjadi peguam selepas kini menyertai Majlis Peguam.  

Menurut sumber, Gani memfailkan petisyen untuk diterima masuk ke Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi awal bulan ini untuk memulakan "chambering" (latihan amali) di bawah peguam Ragunath Kesavan, bekas presiden majlis itu.  

Gani mula bertugas minggu ini.  

Sumber berkata, Gani, yang berkhidmat selama 35 tahun, sebenarnya boleh menulis surat kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi mendapat pengecualian daripada menjalankan latihan sebelum layak memasuki Majlis Peguam. Bagaimanapun beliau tidak berbuat demikian.  

Gani dipecat secara mengejut pada 27 Julai lalu ketika beliau sedang menganggotai pasukan petugas khas yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.  

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador pada Oktober lalu berkata dalam satu surat terbuka kepada kerajaan, Gani harus tampil menjelaskan isu berkaitan 1MDB, kerana bekas peguam negara itu kelihatan "senyap" selepas dipecat. ~ sumber

Komen al-Husseyn : 

Draf pendakwaan yang dimaksudkan Maka terbukti benarlah bila Gani Patail beritahu kita semua dulu, "Saya sihat tetapi sila faham ini: Apabila saya masih bertugas di pejabat (sebagai peguam negara), saya memang sudah menjalani rawatan dialisis

Gani bersedia menjadi peguam kemungkinan besar  mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia semua bahawasanya dia sihat dan masih mampu untuk melaksanakan tugas-tugas biasanya. 

Gani Patail dipecat atas alasan kesihatan secara tiba-tiba sahaja walaupun dia tinggal sebulan sahaja lagi untuk bersara. Tak bolehkah tunggu dulu? 

Tidak diragukan pemecatan Gani secara mengejut itu adalah sebahagian perancangan untuk menyelamatkan Najib Razak yang sedang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Gani Patail dipercayai telah bersedia untuk mendakwa Perdana Menteri dan beliau telahpun mendrafkan pendakwaan terhadapa PM atas tuduhan rasuah dan pecah amanah tetapi apabila perkara ini diketahui PM, PM telah mengarahkan KSN untuk melucutkan jawatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara. - sumber

1 comment:

  1. kalau sakit sapa nak ambek khidmat peguam sakit
    dah terang benderang
    tak kan duk boddo lagi kut

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa