Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 3, 2016

Batas undang-undang dan hak pertahan diri

Hak pertahan diri dengan batas undang-undang

 | January 2, 2016
Budi bicara terletak di tangan pihak polis dan Jabatan Peguam Negara yang mempunyai fakta yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada mereka perlu mendakwa seseorang atas pertuduhan bunuh atau tidak.
Sreekant-PillaiPETALING JAYA: Isu berhubung soal mempertahankan diri apabila mendepani penjenayah sebenarnya dikatakan dikenal pasti menggunakan satu garis halus yang kompleks.
Sama ada mempertahankan diri atau membunuh, undang-undang di Malaysia menggariskan penerangan yang mendalam dan teliti bagi mengklasifikasikan perbuatan itu.
Menurut laporan The Star, peguam Sreekant Pillai menyatakan hak dan had mempertahankan diri adalah tentang mendepani kekerasan yang munasabah.
“Contoh fiksyen; pemilik rumah diserang perompak bersenjatakan pisau dan dalam pergelutan itu, menikam dan membunuh perompak tersebut.
“Manakala, dalam situasi yang berbeza, sekiranya anda menikam perompak sebanyak tiga hingga empat kali, ia mungkin tidak dianggap mempertahankan diri.
“Tikaman sebanyak tiga hingga empat kali boleh ditafsirkan sebagai niat. Oleh itu, ia boleh dikira sebagai membunuh,” katanya.
Bagi Peguam Kanan Persekutuan, Ishak Mohd Yusoff, beliau pula memberikan contoh apabila seseorang diserang penjenayah menggunakan sepapan kayu kecil dan tindakan menembak mati penjenayah itu boleh dianggap membunuh.
Ini kerana ‘ancaman’ dari penyerang tidak akan dianggap sebagai teruk sehingga menyebabkan dia ditembak mati.
“Tetapi jika ada tiga anak bersama dengan saya dan anda menyerang saya dengan sepapan kayu dan saya menembak anda, itu adalah perbuatan mempertahankan diri.
“Kerana saya bimbang mungkin kehilangan atau anak-anak saya akan cedera.
“Sepapan kayu kecil boleh mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak,” katanya.
Undang-undang Malaysia menggariskan penerangan dan hak tersebut dalam beberapa seksyen;
Seksyen 96 dan 97 Kanun Keseksaan menggariskan ‘hak mempertahankan diri sendiri’.
Seksyen 96 menyatakan bahawa amalan mempertahankan diri tidak anggap satu kesalahan.
Seksyen 97 menyatakan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan orang lain terhadap kecederaaan tubuh badan atau demi mempertahankan harta benda mereka daripada kecurian, rompakan, khianat atau pencerobohan.
Namun Seksyen 99 (4) menyatakan bahawa tidak hak untuk mempertahankan diri jika melampaui daripada yang sepatutnya adalah disengajakan bagi tujuan tersebut, jelas laporan itu.
Bagaimanapun, Sreekant juga menyatakan orang ramai tiada hak untuk memutuskan sama ada kekerasan munasabah telah digunakan.
Jelas beliau, budi bicara terletak di tangan pihak polis dan Jabatan Peguam Negara yang mempunyai fakta yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada mereka perlu mendakwa seseorang atas pertuduhan bunuh atau tidak.
“Oleh itu, kepada mereka yang kata anda tidak boleh pertahankan diri, anda sebenarnya boleh. Ia bergantung kepada berapa banyak tenaga yang anda gunakan,” katanya.
Baru-baru ini media sosial kecoh dengan insiden seorang lelaki yang didakwa di mahkamah kerana membunuh selepas dua lelaki yang cuba merompak kediamannya di Terengganu.
Lelaki itu menikam kedua-dua perompak tersebut dan salah seorang daripadanya meninggal dunia.
# yang ini pula bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa