Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 3, 2016

Arab Saudi pancung terhadap 47 tahanan termasuk ulama Syiah

Arab Saudi laksanakan hukuman pancung terhadap 47 tahanan termasuk ulama Syiah
Arab Saudi laksanakan hukuman pancung terhadap 47 tahanan termasuk ulama Syiah
Gambar fail memaparkan seorang pemuda memegang poster gambar pemimpin Syiah, Nimr Al-Nimr sejurus dijatuhi hukuman mati pada 2014. - Foto AFP
RIYADH: Ulama terkenal Syiah, Sheikh Nimr Al-Nimr dilaporkan antara 47 tahanan yang dipancung sehingga mati di Arab Saudi pada Sabtu.

Mereka menerima hukuman itu selepas disabitkan dengan kesalahan berkaitan keganasan.

Antara lain, Al-Nimr adalah tokonh penting yang terlibat dalam protes Syiah yang meletus pada 2012 sebagai sebahagian siri kebangkitan Arab atau ‘Arab Spring’.

Hukuman pancung ke atasnya dijangka mengundang siri protes baru dalam kalangan pengikut minoriti syiah di Arab Saudi.

Al-Nimr dikatakan pengkritik paling lantang terhadap pentadbiran monarki Bahrain, yang bertindak keras ke atas penganut Syiah pasca ‘Arab Spring’ pada 2011.

Arab Saudi pada masa itu turut menghantar tentera bagi membantu Bahrain melumpuhkan kebangkitan dan pengaruh Syiah atas alasan bimbang ia akan merebak.
Sepanjang 2015, sekurang-kurangnya 157 hukuman pancung dilaksanakan di Arab Saudi.

4 comments:

  1. bagaimana ulama menentang kezaliman di pancung

    di mana sunni sunni membisu

    saddam pernah membunuh ulama --dia pun terkorban di hari raya korban

    sangat menyedihkan---membunuh di awal tahun

    ReplyDelete
  2. Bila nak pancung makhluk perosak yg curi duit wan emdibi dan jual essets negara kepada syarikat asing? Pancung sekali Tuang Penasihat k...

    ReplyDelete
  3. bagaimana nak dipancung meereka telah bertukar menjadi tuan punaisihat

    ReplyDelete
  4. khabarnya nama jalan di kedutaan saudi di Iran telah di tukar nama Kepada sheikh Nimr---hari hari pegawai assaud tengok jalan tu lama lama jadi gila macam hajjaj setelah membunuh said b jubair

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa