Jadi bila PAS mengada persefahaman dengan UMNO, maka PAS mungkin dipertimbangkan bahagiannya!
Dan soal Balak tak akan dibangkitkan oleh UMNO
Tengok bila jambatan runtuh kena hentam balak di masa banjir melanda, Tok Pa pun dah cakap berlapik untuk menjaga hati puak-puak PAS
Bukankah itu congakan PAS?
Jangan sebut lagi soal mahu bergabung
WARTAWAN SINAR HARIAN - 7 JANUARI 2016
KOTA BHARU - Keputusan Majlis Syura Ulamak jelas dan tidak timbul lagi isu untuk bergabung, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Malah, katanya, parti itu sama sekali tidak akan mengadakan persefahaman dengan Umno sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) membuat keputusan untuk bertanding di kawasan Pas terutamanya di Kelantan.
“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita tidak akan bergabung, istilah itu betul. Istilah bergabung, menyertai dan kerjasama itu tidak sama.
“Awak boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam sekalipun, contohnya kereta rosak tepi jalan, kita kerjasama menolak kereta. Itu tidak bermakna kita berkongsi keyakinan. Bagi kami apa yang dikeluarkan Majlis Syura itu sangat jelas, tiada lagi persoalan,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan semalam.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas buat masa ini kekal sendiri dan hanya membuat hubungan politik dengan PKR.
“Kalau Umno panggil pergi majlis mana-mana, boleh pergi, tetapi kita kena tengok dulu majlis apa. Nak jawab sekarang pun tidak boleh sebab terlalu umum,” katanya.
Mengulas mengenai kenyataan bahawa Pas Kelantan enggan bekerjasama dengan Amanah bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, Mohd Amar bertegas parti itu tidak perlu bekerjasama dengan Amanah.
“Bukan soal kalah menang. Pendirian kita (ialah) tidak ada sebarang kerjasama dan perbincangan dengan Amanah. Itu asas dia. Jadi kalau Amanah buat keputusan nak bertanding di Kelantan, maka kita berdepan lah.
“Tiga penjuru ke empat penjuru ke, dan keputusan itu terserah lah. Kalau Tuhan takdir menang menang lah, kalau kalah, nak buat macam mana,” katanya.

Manusia riak penjilat tegar hadi
ReplyDeletemanusia ni peminat range rover
Golongan elite parti dan tak pernah turun ke akar umbi
Ngundi Kali ni terkubur lah engkau penjilat hadi woi..
"Kalau umno anjurkan program membalak bersama ulamak, patah domoi pun saya terkam pergi demi kesejahteraan umat Islam..." tambah kenyataan kefala vana itu lagi....
ReplyDeleteAdmin, bukan PAS atau UMNO yang menentukan kemenangan di Kelantan atau dimana saja, yang menentukannya ialah rakyat marhaen yang cerdik dan beriman. Jangan admin gelabah, nanti rakyat marhaen yang cerdik dan beriman akan memilih DAP sebagai pemerintah. Jangan takut dengan Nik Amar.
ReplyDeleteAnon 3:54 PM
ReplyDeleteSaya tak takut dan tak pernah gelabah tak tentu pasal.
Arwah ayah ada pesan "Jangan takut pada sipengecut dan jangan ikut rentak sibodoh!"
Kadang-kadang pembaca boleh terkesan dgn suatu tulisan, walau cuba berselindung dgn wajah anon tapi terserlah watak keroslian.
ReplyDelete